Salah seorang anggota kumpulan idol K-pop ‘Fly With Me‘ diejek oleh peminat di Malaysia kerana nama pentasnya.
So Young atau nama pentasnya Babi mendapat kritikan dan ejekan dari peminat di Malaysia, rata-rata ramai rakyat Malaysia yang mencaci nama pentas So Young tanpa henti.
Artis yang baru saja debut pada bulan Jun 2019 bersama ahli kumpulannya, berasa marah dan kecewa kerana peminat di Malaysia mencemuh dan mengejek namanya di sosial media.
https://www.instagram.com/p/CA8hRBrHl2E/
So Young memuat naik post terbaru khas untuk rakyat Malaysia yang mengejek nama pentasnya semalam. Menurut ucapan yang muat naik oleh So Young, dirinya tidak berminat untuk mengetahui bahasa Malaysia apatah lagi ingin mengetahui maksud namanya dalam bahasa Malaysia.
So Young memberi amaran kepada rakyat Malaysia yang masih berdegil dan meneruskan cacian dan ejekkan terhadap nama pentasnya Babi, dirinya akan membuat laporan dan block akaun individu tersebut.
Ini bukan pertama kali rakyat Malaysia mempersendakan artis antarabangsa, sebelum ini penyanyi popular Dua Lipa juga terkena serangan yang sama apabila dirinya memberi ucapan selamat hari lahir kepada bapanya dalam bahasa Albania “Happy Birthday Babi” perkataan ‘babi’ dalam bahasa Albania bermaksud ayah atau bapa di sana.
Tapi selepas rakyat Malaysia mencaci dan mengkritik Dua Lipa kerana caption tersebut, dirinya menukar ucapan tersebut kepada “Happy Birthday Dad”.
Mengejek nama panggilan seperti ini bukanlah sikap yang baik, ianya jelas menunjukkan sikap dan mentaliti yang rendah.
Sikap sebegitu tidak patut ada dan ianya menyakiti insan lain, cuba bayangkan diri kamu di tempat artis tersebut apa perasaan kamu?