Jika lima tahun atau sepuluh tahun lalu tiada siapa terfikir nak hasilkan kasut dari bahan pembuangan sampah, maka pada tahun ini Nike gemparkan dunia pembuatan kasut sukan dengan menghasilkan kasut yang diperbuat daripada sampah yang di kitar semula.
Kasut Space Hippie dengan tagline ‘This Is Trash’ pasti akan membuatkan pencinta alam sekitar khususnya, jatuh cinta dengan kasut koleksi terbaru dari Nike ini.
Sampah Kitar Semula, Hasilkan Kasut Space Hippie
Kasut Space Hippie dihasilkan dengan menggunakan bahan terpakai seperti benang kitar semula yang juga dikenali sebagai ‘Space Waste Yarn’.
Benang yang digunakan adalah 100 peratus dari sumber bahan kitar semula ianya adalah gabungan dari botol plastik, baju kemeja-t dan lebihan benang tidak dipakai.
Selain itu, demi menghasilkan tapak kasut yang selesa, Nike menggunakan foam ZoomX yang juga dikitar semula dari saki baki penghasilan kasut Nike Vaporfly sebanyak empat peratus.
4 Variasi Kasut Space Hippie Yang Cool
Kasut Nike Space Hippie ini hadir dengan empat jenis variasi kasut yang berlainan dan ke semua rekaan serta warna kasut yang diperbuat dari sampah ini sangat cool dan menarik.
Nike Space Hippie 01
Nike Space Hippie 02
Nike Space Hippie 03
Nike Space Hippie 04
Nike merupakan antara penghasil kasut sukan yang berinovasi dan sanggup menghadapi cabaran dalam menghasilkan kasut sukan yang selesa dengan menggunakan bahan yang dikitar semula.
Bagi yang ingin mendapatkan kasut gempak ini, kamu boleh mula mendapatkannya di kedai kasut Nike dan kedai kasut sukan terpilih bermula 11 Jun 2020.
Untuk maklumat lanjut tentang kasut baru Nike Space Hippie ini, layari laman sesawang Nike [SINI]. Bagi yang meminati produk dari bahan kitar semula, jangan lepas lepaskan peluang untuk dapatkan kasut inovasi hebat ini.