Terdapat beberapa tokoh sejarah yang cukup agung namanya. Salah satu adalah Cleopatra.
Cleopatra digambarkan sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius. Legendanya diturunkan melalui mitos, buku, novel dan filem. Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauh menjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia.
Bila bercakap bab penampilan, legenda menyatakan Cleopatra cantik dari segi paras rupa. Cleopatra mempunyai daya tarikan yang kuat, perbualan yang mengagumkan dan suaranya mampu menggembirakan semua orang.
Memandangkan keperibadian Cleopatra cukup disegani, ramai selebriti terpanggil untuk ‘menghidupkan’ semula watak Cleopatra melalui saluran mereka yang tersendiri. Bermula daripada Elizabeth Taylor ke Katy Perry, setiap seorang tampil menawan menjadi Cleopatra.
Elizabeth Taylor
Monica Belucci
Leonor Varela
Katy Perry
Rhonda Fleming
Amanda Barrie
Alessandra Negrini
Lindsey Marshal
Jadi sekarang korang dah lihat beberapa selebriti menghidupkan Cleopatra yang ikonik, mana satu paling menjadi sekali? Penulis paling suka Elizabeth Taylor kerana rupa parasnya sangat jelita dan klasik sekali.