Sepanjang PKP, mesti ramai yang terjebak dengan drama Korea, kan? Cepat mengaku? Binge-watch pelbagai drama, yang baru, yang lama, semua tengok. Memandangkan kita duduk rumah, jadi itulah antara aktiviti yang dilakukan.
Bila dah tengok drama Korea, mesti rasa nak makan makanan mereka. Hah, untuk yang beginner nak berjinak-jinak masak makanan Korea, berikut adalah bahan yang wajib ada.
Kalau bahan-bahan ini tak ada, masakan korang jadi tak sedap, terus tak feel Korea.
Gochujang
Gochujang pada dasarnya adalah pes cili merah yang dibuat daripada serbuk cili, beras pulut, kacang soya yang diperam, garam dan adakalanya ditambah pemanis. Orang Korea menggunakannya dalam hampir semua makanan – marinade, stew, sup, goreng kilas, sos, dan macam-macam.
Gochugaru
Bukan rahsia lagi bahawa kebanyakan hidangan Korea pedas, dan unsur utama adalah gochugaru atau serbuk cili khas mereka. Ia terdapat dalam tekstur halus atau kasar dan mempunyai rasa yang sangat berbeza – fruity, smoky dan manis.
Minyak Bijan
Bahan utama lain yang kena ada dalam setiap masakan makanan Korea adalah minyak bijan. Ia menambah aroma kacang dan menyedapkan lagi makanan. Walaupun hanya satu sudu teh, mampu memberi perbezaan besar.
Kimchi
Merupakan makanan ruji orang sana. Kimchi lebih sekadar dari hidangan sampingan yang diperam secara tradisional, sebaliknya simbolik kepada budaya Korea. Anda boleh makan kimchi begitu saja, tetapi kebanyakan resepi Korea juga menggunakan kimchi sebagai ramuan utama.
Pes Kacang Soya
Dirujuk sebagai doenjang. Ia sering dibandingkan dengan pes miso Jepun. Biasanya doenjang digunakan dalam sup dan stew untuk rasa yang alami, rasa kacang soya yang kuat.
Ssamjang
Inilah sos Korea! Sos pedas yang anda letak di BBQ. Anda boleh beli yang siap di kedai runcit Korea, atau DIY dengan menggunakan campuran doenjang, gochujang, minyak bijan, bawang putih, daun bawang dan gula atau madu jika anda inginkan rasa manis.
Sesame Seed
Biasanya digunakan untuk hiasan, roasted sesame seed juga menambah rasa kacang dan tekstur rangup pada hidangan Korea. Mereka biasanya ditaburkan pada lauk sayur dan sos.
Seaweed Wrapper
Bagi orang Korea, itu adalah gim. Boleh dimakan begitu saja sebagai makanan ringan, biasanya digunakan sebagai hiasan dalam banyak hidangan Korea seperti nasi goreng dan banchan, atau dibuat gimbap.
Dried Kelp
Anda mungkin pernah menjumpai ramuan ini dalam resepi seperti sundubu-jjiage. Ini kerana rumpai laut kering digunakan untuk membuat stok, direndam dalam semangkuk air selama sekurang-kurangnya satu jam. Dengan cara ini, sup atau stew menjadi lebih beraroma.
Ada lagi ke yang Wanista tertinggal? Bila beli, beli yang ada tanda Halal supaya kamu boleh guna tanpa rasa was-was. Lagi satu, takut yang tiada tanda halal, diletaknya mirin – sweet rice wine, sejenis alkohol yang biasa digunakan dalam perapan untuk menghilangkan bau dan menyedapkan lagi rasa, atau sebarang tambahan yang haram.
Sila semak bahan yang digunakan sebelum membeli. Selamat Beramal!