Kecoh apabila dua hari lepas Blackpink keluarkan poster teaser comeback ketiga dengan mekap looks yang menghampakan peminat Blackpink. Blink rata-rata tidak berpuas hati dengan mekap looks idola masing-masing.
Blink melepaskan rasa marah dan kecewa mereka dengan meninggalkan komen-komen negatif di sosial media Blackpink. Tidak cukup dengan itu, Blink juga mencemuh mekap artis Blackpink, Maeng yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik.
Salah Mekap Artis Atau Memang konsep?
Melihat poster teaser pertama dan kedua cukup gempak dan mengagumkan, Blink menjangkakan poster teaser yang ketiga juga tidak kurang hebatnya.
Tapi apa yang Blink lihat adalah mekap idola kesayangan mereka sangat buruk dan ianya tidak sepatutnya berlaku dan masing-masing meluahkan rasa marah pada Blackpink dan jurumekap Blackpink, Maeng.
Ada juga dikalangan Blink menyatakan stail mekap ringkas Blackpink adalah konsep terbaru untuk lagu ‘How You Like That’.
Lisa Tanpa Maskara
Bahagian mata Lisa tidak mengenakan sebarang mekap seperti eyeshadow hatta maskara sekalipun bagi menaikkan seri wajah Lisa.
Rose Dengan Maskara Yang Clumpy
Bulu mata Rose yang kelihatan seperti ceracak duri ini kerana masalah maskara clump ketika mekap. Ini memang juru mekap yang tak pandai mekap atau memang sengaja buat?
Jennie Mekap Bawah Mata
Melihat corak bawah mata Jennie yang unik dan cool, membuatkan peminat stan solo bagi ahli Blackpink yang lain mencemuh Jennie kerana dirinya saja yang memiliki mekap yang cantik berbanding ahli yang lain.
Manakala peminat stan solo Jennie menyatakan gaya mekap tersebut mungkin idea Jennie sendiri dan bukannya jurumekap Blackpink.
Jisoo Mekap Neon Yang Bosan & Pudar
Seperti poster teaser pertama, kedua dan ketiga Jisoo memiliki gaya mekap yang membosan berbanding tiga ahlinya yang lain. Untuk mekap poster teaser ketiga ini, Jisoo hanya mengenakan eyeliner neon yang pudar dan serba ringkas.
Blink Lepas Geram Pada Jurumekap
Ramai yang telah menanti kemunculan lagu terbaru Blackpink, tapi bila dah buat comeback ada saja hal yang tidak menyenangkan berlaku, antaranya isu mekap Blackpink Lisa, Jisoo, Jennie dan Rose. Blink lepaskan rasa geram dan tidak puas hati pada jurumekap Blackpink, Maeng.
OKAY I HAD TO REDO ROSÉ’S MAKE UP BC THAT BITCH MAENG CANT EVEN PUT A FINE EYELINER OR MASCARA FOR ROSÉ 😤 pic.twitter.com/rQcv51sdxC
— 𝗿𝗼𝘀𝗲́'𝘀.𝗲𝗱𝗶𝘁𝘀 👑 (@queen_is_rosie) June 20, 2020
https://twitter.com/evanurd18162699/status/1274217305891680258
Not even a mascara for her. Go Maeng give us nothing at all. pic.twitter.com/GKW82FAOmM
— 🐥 (@intolalisa_m) June 20, 2020
Peminat Blackpink yang kecewa dengan mekap looks idol kesayangan, sila kawal amarah kamu, mungkin ini semua hanya konsep looks untuk lagu terbaru mereka. Apa-apapun nantikan lagu ‘How You Like That’ pada 26 Jun 2020 ini nanti.