L’Oreal, syarikat kosmetik dan kecantikan terkenal dunia membuat pengumuman selepas ini tiada lagi perkataan ‘Whitening’ dan ‘Fair’ pada produk mereka.
L’Oreal membuat keputusan drastik ini bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap isu diskriminasi yang berlaku pada orang kulit hitam #BlackLivesMatter, dan mahu orang kulit hitam dilayan sama rata.
Tiada Lagi Perkataan Eksklusif
Dipetik dari Unilad, syarikat L’Oreal telah mengeluarkan kenyataan bahawa L’Oreal Group telah memutuskan untuk membuang perkataan ‘white/whitening’, ‘fair/fairness’, dan ‘light/lightening’ untuk ke semua jenis produk kulitnya.
Perkataan tersebut menunjukkan seolah-olah produk mereka hanya digunakan oleh orang berkulit putih sahaja atau memberi maksud mereka yang menggunakan produk tersebut akan mendapat kulit yang ‘cerah’ seperti orang kulit putih.
Justeru itu, L’Oreal bertindak untuk membuang perkataan eksklusif tersebut bagi menunjukkan pendirian mereka bahawa produk kosmetik yang dikeluarkan tidak mendiskriminasi mana-mana jenis warna kulit.
Slogan ‘Speaking Out Is Worth It’ Tanda Sokongan L’Oreal
https://www.instagram.com/p/CA5MXbdD8ts/
Pada awal bulan ini, syarikat kosmetik dan kecantikan terbesar dunia ini meluahkan pendirian dan sokongan terhadap isu pergerakan #BlackLivesMatter dengan mereka slogan ‘Speaking Out Is Worth It’ sebagai tanda sokongan.
Sekaligus menunjukkan L’Oreal akan berdiri bersama-sama komuniti orang kulit hitam dalam menangani ketidakadilan dan diskriminasi yang dialami oleh mereka.
Netizen Kecam L’Oreal Hipokrit
Melihat slogan dan mesej yang sokongan L’Oreal terhadap isu diskriminasi yang berlaku pada orang kulit hitam, membuatkan sebahagian netizen mengecam syarikat kosmetik tersebut hipokrit.
Isu ini bangkit apabila netizen mengungkit kembali kisah model transgender terbuka pertama UK, Munroe Bergdorf yang dibuang dari menjadi duta jenama pada tahun 2017 kerana melanggar hak perkauman orang kulit putih.
Ekoran isu tersebut netizen mahu L’Oreal mohon maaf pada Munroe atas apa yang berlaku pada tiga tahun lalu. Malah Munroe sendiri juga telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada L’Oreal, atas apa yang berlaku semasa dirinya menjadi model L’Oreal pada tahun 2017.
https://twitter.com/MunroeBergdorf/status/1267460238678069249?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1267460238678069249%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.unilad.co.uk%2Fnews%2Floreal-to-remove-words-like-whitening-from-skincare-products%2F
Presiden L’Oreal, Kesal Cara Pengurusan Lama Layan Munroe
https://www.instagram.com/p/CBNdvPuIQB1/
Presiden baru L’Oreal Delphine Viguier menyatakan rasa kesal bagaimana pengurusan syarikat layan Munroe pada tiga tahun lalu.
Presiden baru ini telah berkomunikasi secara terus terang bersama Munroe dan menerusi perkongsian dan pengalaman yang dilalui oleh Munroe, pihak L’Oreal kini akan menyokong Munroe dalam bersama-sama menangani isu diskriminasi.
L’Oreal telah mengasaskan UK Diversity & Inclusion Advisory Board, dimana persatuan ini akan menjadi suara syarikat bagi setiap tindakan yang akan dilakukan oleh L’Oreal.
Presiden L’Oreal telah menjemput Munroe untuk turut bersama-sama menyertai persatuan tersebut sebagai sokongan bagi golongan transgender dan komuniti orang kulit hitam.
Diharap selepas ini akan lebih banyak lagi syarikat kosmetik dan kecantikan untuk tampil kehadapan dalam menentang isu diskriminasi seperti ini.
Rujukan: 1