Jika kamu mengikuti siri dokumentari di Netflix, pasti ketahui kisah gerun lelaki yang miliki rupa paras sedap mata memandang ini. Tapi siapa sangka disebalik itu, dia seorang yang kejam dan zalim sekali.
Ted Bundy dianggap salah seorang pembunuh bersiri yang paling menyedihkan dalam sejarah Amerika. Ted tanpa belas kasihan dan kejam melakukan jenayah menculik, memperkosa dan membunuh puluhan wanita yang tidak bersalah di seluruh Amerika Syarikat pada tahun 1970-an.
Beberapa hari sebelum kematiannya pada tahun 1989 akibat renjatan elektrik, Bundy mengaku membunuh 30 wanita di California, Oregon, Washington, Idaho, Utah, Clorado dan Florida antara tahun 1973 dan 1978, tetapi pihak berkuasa percaya ada kemungkinan terdapat banyak lagi.
Tahukah, lelaki kacak ini punya cara ‘jijik’ nak mengheret para wanita masuk dalam godaannya. Inilah kisah yang perlu anda ketahui mengenai pembunuh yang rosak ini.
Siapa dia Ted Bundy?
Dilahirkan di Burlington, Vermont, pada tahun 1946, Ted Bundy adalah salah satu pembunuh bersiri AS yang paling terkenal sepanjang masa.
Eleanor Louise Cowell melahirkan Bundy di Elizabeth Lund Home for Unwed Mothers tapi dia dibesarkan oleh datuk dan nenek.
Sejak kecil lagi Ted menunjukkan tingkah laku yang agak ‘sesuatu’ – in creepy way. Ibu saudaranya Julia pernah bangun dan dikelilingi pisau dan Ted, yang ketika itu berusa tiga tahun berdiri di tepi katil sambil tersenyum.
Bila Ted Bundy mula membunuh?
Dilaporkan Ted Bundy mula terjerumus dalam kancah pembunuhan pada tahun 1974, ketika itu beberapa wanita hilang di Seattle dan Oregon.
Penduduk tempatan mula bercerita tentang bagaimana wanita-wanita itu dibawa masuk ke dalam kereta oleh seorang lelaki muda berambut gelap dan berwajah kacak bernama ‘Ted’ yang memalsukan kecederaan.
Tidak lama setelah Ted pindah ke Utah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah undang-undang tahun 1974, orang-orang di sama juga mulai hilang.
Setiap kali melakukan jenayah, Ted akan meninjau semula beberapa tempat kejadian untuk melakukan serangan secara seksual.
Bagaimana Ted Bundy ditangkap dan bagaimana dia melepaskan diri dari tahanan?
Ted memenggal sekurang-kurangnya 12 korbannya dan menyimpan sebahagian kepala mereka sebagai kenangan atas tindakan keji itu.
Pada tahun 1975, lelaki keji ini ditangkap kerana menculik Carol DaRonch, salah seorang yang terselamat dari serangan, dan dihukum penjara hingga 15 tahun.
Dua tahun kemudian, ketika menyamar sebagai peguamnya sendiri setelah didakwa atas kematian seorang wanita, Ted melompat keluar dari tingkap perpustakaan penjara dan hilang.
Dia ditangkap lapan hari kemudian tetapi pada bulan Disember tahun yang sama, 1977, dia keluar dari lubang di siling selnya dan melarikan diri ke Florida.
Pada Januari 1978, Ted Bundy masuk ke sebuah organisasi Chi Omega di Florida State University, membunuh dua wanita dan menghancurkan tiga yang lain. Dia disabitkan atas jenayah tersebut pada bulan Julai 1979 setelah terdapat kesan gigitan pada salah satu mayat tersebut.
Personaliti menawan
Menerusi perbicaraan, rupa paras dan personaliti menawan Ted Bundy menyebabkan wanita terperangkap dalam kancah hitamnya. Ted Bundy masih muda, tampan dan sentiasa berpakaian rapi. Penampilannya langsung tidak menampakkan dia boleh melakukan jenayah. Dia kelihatan seperti cikgu sekolah yang mempunyai personaliti menarik dan menjadi kegemaran ramai.
Kematian dirai
Pada 24 Januari 1989, Bundy dibawa ke Florida State Prison untuk hukuman renjatan elektrik sampai mati, kerusi tersebut dikenali sebagai ‘Old Sparky’. Di luar penjara, orang ramai bersorak dan bahkan melepaskan bunga api selepas hukuman mati Ted Bundy.
Nak tahu kisah Ted Bundy, tonton dokumentasi di Netflix.