Isu nepotism di Bollywood telah lama berakar umbi dalam industri mereka, penggunaan kuasa dikalangan kaum kerabat ahli keluarga dalam industri memudahkan hidup aktor dan aktres muda dalam dunia hiburan.
Malah mereka lebih mudah berjaya berbanding aktor dan aktres yang tidak mempunyai sebarang support atau connection dalam industri.
Pasti kamu semua ingat lagi kes kematian aktor kacak Sushant Singh Rajpur yang berlaku pada bulan lepas, peminat mengaitkan salah satu punca kematian aktor berbakat tersebut adalah kerana kuasa nepotism dalam industri Bollywood.
Nepotism Dalam Industri Bollywood
Entah berapa ramai aktor dan aktres yang dipijak mati kerana kuasa nepotism dalam industri Bollywood ini, banyak lagi aktor dan aktres yang berbakat besar tidak kita semua tahu namanya dek kerana dikaburi dengan promosi dan propaganda kaum kerabat selebriti yang lahir dari latarbelakang Star kids Bollywood.
Muncul saja wajah baru yang tampan dan jelita tiba-tiba menjadi super famous dalam masa yang singkat. Dari situ, kita dapat lihat bagaimana selebriti digelar Star Kids ini mula menguasai industri hiburan. Meskipun diri mereka tidak mempunyai bakat seperti ibu, bapa atau ahli keluarga mereka yang lain.
Peminat Benci Nepotism Dan Mahu Boikot Star Kids
Kini semakin ramai peminat Bollywood berani menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati mereka pada selebriti popular (terutama yang tidak berbakat) yang berjaya dek kerana tangga nepotism yang dinaiki dalam kerjaya mereka.
Selain itu, peminat kini lebih outspoken mengenai nasib dan hak ketidak adilan yang dihadapi para selebriti lain yang tidak mempunyai sebarang connection dalam industri.
Nepotism dalam industri Bollywood umpama barah yang sukar dibuang, dan banyak agensi hiburan dipegang oleh kaum kerabat mereka sendiri.
Justeru itu, apa yang boleh peminat lakukan untuk aktres dan aktor yang digelar ‘outsider’ ini adalah dengan memboikot filem-filem keluaran keluarga nepotism dan juga makin ramai yang unfollow selebriti di social media.
Siapa Selebriti Star Kids Ini?
Terlalu ramai aktor dan aktres Star Kids yang telah bertapak dalam industri hiburan Bollywood kerana naungan nepotism keluarga dan kenalan masing-masing. Selebriti seperti mereka ini telah berada dalam zon selesa sepanjang bergelar artis kerana dengan adanya sokongan dari kaum kerabat.
Dan hanya segelintir sahaja yang benar-benar mempunyai bakat dan betul-betul berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pengikhtirafan peminat dengan hasil kerja mereka dalam filem, drama atau rancangan televisyen.
Jom lihat siapa selebriti yang ada backup besar dalam industri hiburan Bollywood ini, di bawah.
Karisma & Kareen Kapoor
Kedua-dua adik beradik Kapoor ini merupakan anak kepada Randhir Kapoor yang merupakan seorang pelakon, produser dan pengarah filem tersohor di India.
Hrithik Roshan
Pelakon kacak Hrithik Roshan ini merupakan anak kepada Rakesh Roshan, Rakesh yang merupakan pengarah, produser filem, screenwriter, editor dan juga bekas pelakon hindi terkenal di Bollywood.
Abhishek Bachchan
Nama yang tidak asing dalam industri hiburan Bollywood, anak kepada pengarah, produser dan pelakon lagenda Amithabh Bachchan.
Suhana Khan
Anak perempuan kepada aktor kacak dan berbakat besar iaitu Shah Rukh Khan.
Sonam Kapoor
Merupakan anak perempuan kepada produser dan juga pelakon ternama dalam industri hiburan Anil Kapoor.
Athiya Shetty
Anak perempuan kepada Sunil Shetty, pasti ramai yang masih ingat dengan aktor kacak berbakat besar dalam dunia perfileman hindustan.
Alia Bhatt
Alia Bhatt merupakan anak kepada Mahesh Bhatt yang merupakan film maker, produser, pengarah filem dan screenwriter tersohor di India.
Star Kids Bermaharajalela Dalam Industri Hiburan
Apa yang menyebabkan para selebriti Star Kids ini semakin bermaharajalela dalam dunia hiburan adalah kerana, mereka lahir dari keluarga atau mempunyai kenalan seperti pelakon, produser, film maker, pengarah, screenwriter, dan penyanyi dalam industri.
Tambahan lagi, kalau perasan artis bergelar Star Kids ini bernaung dibawah syarikat agensi ahli keluarga mereka sendiri, jadi tidak hairanlah perjalanan kerjaya mereka lancar dan licin sepanjang bergelar artis, meskipun diri mereka tidak mempunyai bakat. Untungnya jadi Star Kids ni!
Tak dinafikan kebanyakkan selebriti dari Star Kids ini tidak mempunyai bakat dalam dunia hiburan, rata-rata mencari rezeki berdasarkan connection yang mereka ada.
Apatah lagi selebriti seperti ini dianugerahkan dengan rupa paras yang sangat jelita dan kacak, menjadikan salah satu sumber untuk mereka bertapak dalam industri.
Meski kini ramai peminat yang mula bangkit dan bersuara menentang nepotism dalam dunia Bollywood, namun bukan mudah merobohkan benteng mewah nepotism yang para selebriti seperti Star Kids nikmati.
Walaupun ianya sangat tidak adil buat aktor dan aktres yang benar-benar berbakat serta tidak berpayungkan nepotism, namun hidup perlu diteruskan dan kerjaya harus dipertahankan.
Sampai bila nepotism di Bollywood akan berakhir? No one knows…