Siapa dah dengar lagu “Pporappippam” lagu comeback penyanyi solo Sunmi, pasti mengeluh melihat kejelitaan bintang K-Pop dalam video muzik lagu tersebut.
Mana tidaknya wanita bersuara merdu ini sentiasa tampil jelita setiap kali membuat comeback dengan lagu terbarunya, agak-agak apa yang membuatkan wajah Sunmi ni sentiasa tampil jelita dan menawan?
Dengar cerita Sunmi ada rutin kecantikan sendiri, jom kita korek apa rahsia kecantikan bintang K-Pop Sunmi di bawah!
#1 808 Bodygun G30
Sunmi memiliki alat 808 Bodygun G30 atau Sunmi memanggil alat tersebut bodygun, bodygun ini berfungsi untuk membuatkan otot dan urat saraf jadi lebih relax.
Faktor utama dalam kekalkan kecantikan wajah dan badan adalah diri bebas dari sebarang tekanan, rupanya ini rahsia Sunmi maintain awet muda.
#2 Santa Maria Novella Creama Idrasol Body Cream
Sunmi juga sangat menjaga kesihatan kulit badannya, untuk tampil cantik Sunmi tidak hanya fokus pada wajah sahaja tetapi juga pada kesihatan kulit badan.
Menurut Sunmi, untuk penjagaan kulit badan dirinya menggunakan krim badan jenama Santa Maria Novella Creama Idrasol.
Krim ini mempunyai bau bunga neutral dan sesuai digunakan bagi yang memiliki kulit kering. Wah, patutlah kulit Sunmi kelihatan gebu, mulus dan lembut je sepanjang masa sebab selalu pakai krim badan rupanya.
#3 Le Labo Hinoki Conditioner
Nah, selepas penjagaan kulit seterusnya adalah penjagaan rambut. Sunmi juga sama seperti wanita lain yang inginkan rambut mereka kekal berbau wangi dan segar sepanjang hari. Untuk penjagaan rambut, Sunmi menggunakan produk jenama Le Labo Hinoki Conditioner.
Conditioner rambut ini akan membuatkan rambut Sunmi kekal sihat, bersinar dan paling penting rambut akan berbau harum sepanjang hari.
Bagi yang tak tahu jenama Le Labo ini sangat terkenal dengan keluaran minyak wangi mereka tapi jenama ini menghasilkan produk shampoo dan conditioner rambut sendiri.
#4 Sorbus Diet : Leanbody Burn & Cut
Sempena untuk comeback Sunmi menjaga berat badan dan penampilan dengan mengamalkan produk yang boleh membantu Sunmi menurunkan berat badannya. Sunmi yang juga dikenali sebagai glutton mudah mengalami kenaikan berat badan.
Justeru itu, untuk kekalkan tubuh badan yang langsing Sunmi menggunakan produk ini bagi menurunkan berat badannya. Patutlah badan Sunmi maintain kurus dan langsing, ambil produk ni rupanya.
#5 Dr. Jartt Vital Hydra Solution Biome Toner
Nak tahu rahsia macam mana wajah Sunmi sentiasa kekal bersih, lembut dan lembap ini dia Dr. Jartt Vital Hydra Solution Biome Toner. Menurut Sunmi dirinya dah menggunakan toner muka ini lebih dari lima botol.
Sunmi sentiasa membersihkan wajahnya dengan menggunakan toner muka ini, kerana ia membuatkan kulitnya jadi lebih lembut dan bersih.
#6 Serum Dermatory Pro Hyal Shot Moisture Ampoule & Dermatory Pro Hyal Shot 100% Hyaluron Cube
Sunmi juga menjaga kesihatan wajah dengan menggunakan produk serum muka Dermatory Pro Hyal Shot Moisture Ampoule bersama kiub Dermatory Pro Hyal Shot 100% Hyaluron Cube.
Menurut Sunmi serum tersebut akan dititiskan diatas kiub hyaluron tersebut, kemudian sebatikan kedua-dua bahan dan sapukan pada muka.
Wah memang bukan biasa-biasa produk yang Sunmi guna untuk jaga kecantikan muka!
#7 Maison Francis Kurkdjian Paris 754
Bagi melengkapkan rutin kecantikan, Sunmi perkenalkan minyak wangi yang digunakannya. Bintang K-Pop mana yang tidak memakai minyak wangi bukan? Menurut Sunmi minyak wangi ini mengeluarkan bau haruman neutral dan sesuai dengan dirinya.
Psst, kalau perasan Sunmi suka dengan produk yang mengeluarkan bau haruman jenis neutral! Siapa nak jadi cantik macam Sunmi, bolehlah tiru rutin penjagaan kecantikan Sunmi ni.
Selamat beramal♥