Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Entertainment

Hebat, Adidas Buka Stor Flagship Terbesar Di Malaysia!

by Mas Idayu
July 3, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

Share on FacebookShare on Twitter

Adidas Originals buka stor flagship terbesar di Malaysia di Pavilion Kuala Lumpur, stor yang terletak di tingkat empat ini mempunyai keluasan 4,413 kaki persegi dan menawarkan pelbagai variasi produk Adidas Originals.

Adidas tampil berani dengan membuka stor flagship yang besar di Pavilion, sambil mempamerkan pelbagai koleksi produk Adidas yang popular seperti koleksi baju, seluar, kasut, topi dan merchandise. 

Stor Adidas yang terletak di Tingkat 4, Lot 4.10.02, Pavilion Kuala Lumpur ini, pasti akan membuatkan pengunjung terpukau dengan keluasan dan koleksi barang yang ada.

IKLAN
Foto – Adidas Originals Malaysia

Pengunjung dapat melihat segala koleksi produk barangan Adidas Originals, termasuklah produk kolaborasi popular seperti Yeezy dan Pharrel William series yang terdapat di dalam stor baru ini.

Rekaan Stor Tampil Elemen Identiti Kebangsaan Malaysia

Stor Adidas ini bukan saja besar malah ia juga mempunyai rekaan dalaman yang unik dan kreatif, di mana pereka grafik Jaemy Choong menggunakan identiti kebangsaan Malaysia bagi mereka hiasan dalam stor.

Berinspirasikan rekaan wau bulan, kraft tradisional batik dan penulisan kaligrafi dengan teknik berus yang ikonik, Jaemy menghasilkan permaidani dan hiasan dinding menggunakan elemen kebangsaan dan sekaligus menjadikan stor ini lain daripada yang lain.

Foto – Adidas Originals Malaysia (Hiasan dinding juga menampilkan corak batik, penulisan kaligrafi dan juga wau bulan)
Foto – Adidas Originals Malaysia (Rekaan permaidani bercirikan elemen batik, penulisan kaligrafi dan wau bulan)

Ruang Dalaman Stor Yang Besar Dan Selesa

Stor Adidas Originals di Pavilion adalah stor paling terbesar sekali di Malaysia, ruangnya luas membuatkan para pengunjung juga berasa nyaman dan tenang apabila membeli-belah di stor Adidas ini.

Foto – Adidas Originals Malaysia

Stor Adidas kelihatan cool dengan pintu gerbang berwarna biru laut berserta logo lambang Adidas di pintu gerbang.

Foto – Adidas Originals Malaysia

Ruang dalaman stor Adidas yang luas ini mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai dengan selesa dan satu-satu masa ketika membeli-belah, syoknya!

Foto – Adidas Originals Malaysia

Sedap mata memandang melihat semua barang Adidas seperti kasut, baju, topi, kasut dan barang merchandise yang lain tersusun rapi dan kemas.

IKLAN
Foto – Adidas Originals Malaysia
Foto – Adidas Originals Malaysia

Tiada apa yang memuaskan selain fitting room yang luas dan selesa, bilik persalinan yang ringkas dan luas ini akan membuatkan pengunjung lebih selesa semasa mencuba pakaian di stor besar yang terletak di Pavilion ini.

Foto – Adidas Originals Malaysia

Belanja Minima RM500 Dah Boleh Dapat Beg Tote Trefoil Batik!

Foto – Adidas Originals Malaysia

Sempena pembukaan stor terbaru, Adidas menawarkan beg tote logo Trefoil bersama cetakan batik secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja minima RM500 bermula 1 Julai 2020 ke atas dan sehingga stok habis.

Nak tahu besar mana stor Adidas terbaru ini, kenalah kunjung sendiri stor Adidas Originals di Tingkat 4, Lot 4.10.02, Pavilion Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Adidas Originals [SINI] dan ikuti lama Facebook Adidas originals [SINI].

Selamat membeli-belah!

Tags: adidasadidas Originals MalaysiaAdidas Pavilion Kuala LumpurPavilion KLStor Adidas Besar Dan LuasStor Adidas Paling Besar Di MalaysiaStor Flagship Adidas OriginalsStor Flagship Adidas Pavilion
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan