Tahu tak cermin tidak boleh diletakkan sembarangan di dalam rumah, kerana menurut Feng Shui terdapat lokasi-lokasi yang kurang sesuai untuk kamu letakkan cermin. Penggunaan cermin bagi mendekorasi rumah bukanlah perkara asing.
Tapi perlu kamu ketahui terdapat bahagian atau lokasi yang tidak sesuai untuk kamu letakkan cermin kerana Feng Shui lokasi tersebut boleh menjejaskan elemen Yin dan Yang dalam rumah.
Ini antara lokasi yang tak boleh kamu letak cermin dalam rumah, beri perhatian!
#1 Cermin Tak Sesuai Letak Di Ruang Tamu
Banyak pandangan dan pendapat yang bercanggah mengenai lokasi ini, ada yang kata boleh letak cermin di ruang tamu. Manakala yang sebaliknya pula menyatakan jika meletakkan cermin di ruang tamu, tenaga negatif yang dibawa oleh tetamu akan tersebar di seluruh ruang tamu menerusi cermin tersebut.
Justeru itu, lebih baik kamu tidak letakkan cermin di ruang tamu bagi mengelakkan tenaga negatif berlegar diruang tersebut.
#2 Jangan Letak Cermin Belakang Sofa
Awas jangan letak cermin dibelakang sofa, kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selamat dan dalam masa yang sama ia juga boleh mengundang bahaya pada ahli keluarga terutama anak-anak kecil.
#3 Letak Cermin Depan Pintu Menyebabkan Ketidakstabilan
Ramai wanita apabila nak dekorasi rumah mesti suka letak cermin depan pintu masuk, sebenarnya cermin tidak sesuai diletakkan dihadapan pintu.
Ini adalah kerana apabila cermin berada di depan pintu akan menyebabkan feng shui rumah menjadi tidak baik dan timbul rasa tidak sedap hati tatkala melihat cermin dihadapan pintu masuk rumah.
Selain itu, ada juga yang menyatakan tenaga Qi yang memasuki rumah akan terpantul keluar dan menyebabkan ketidakstabilan. Justeru itu, kalau nak deko letak cermin di kawasan pintu masuk, pastikan bukan dihadapan pintu masuk.
#4 Qi Negatif Tersebar Kalau Letak Cermin Depan Tandas
Tandas merupakan kawasan yang penuh dengan tenaga-tenaga negatif dan bertambah buruk jika kamu letak cermin di depan tandas, ia akan memantulkan tenaga negataif Qi di seluruh kawasan tandas tersebut.
Dan kadang-kala kita juga mungkin akan ternampak entiti yang tak sepatutnya jika melihat cermin depan tandas nanti.
#5 Tak Bagus Letak Cermin Depan Katil
Apa perasaan bila bangun dari tidur waktu pagi nampak diri sendiri atau bila nak tidur waktu malam, mata mesti melirik pada cermin depan katil. Rasa seram menyelubungi diri, apatah lagi kebanyakan pakar mengatakan letak cermin di depan katil mengundang kita untuk kerap bermimpi buruk dan aneh.
#6 Letak Cermin Di Dapur Ganggu Keseimbangan Yin Yang
Untuk makluman semua, dapur memasak mengeluarkan tenaga Yang sangat kuat, barang-barang elektrik yang mengeluarkan haba dan cahaya mengeluarkan elemen Yang yang banyak.
Dan apabila tenaga Yang dipantul pada cermin ia akan menyebabkan aura Yin dan Yang dapur tidak seimbang. Oleh itu, tidak disarankan meletak cermin di dapur kerana ia boleh menjejaskan keseimbangan tenaga feng shui dapur.
#7 Hati-Hati Dengan Cermin Berhadapan Tingkap
Ramai yang suka meletakkan cermin berhadapan dengan tingkap dengan harapan dapat memberi elemen luas dan lapang, tapi meletakkan posisi cermin di hadapan tingkap boleh mengundang sesuatu yang tidak bagus.
Ini kerana apa yang ada diluar akan dipantulkan dalam cermin, tidak kira tenaga negatif, atau entiti mistik ia mengganggu keharmonian Yin dan Yang dalam rumah.
Bagi yang nak mendekorasi rumah dengan menggunakan cermin, nah semak dulu lokasi atau kawasan mana yang tidak sesuai untuk kamu letakkan cermin. Nanti tak pasal-pasal tak tidur malam kamu dek gara-gara cermin yang kamu letak tu.