Pada 7 Julai 2020 aktor popular filem Pirates Of The Caribbean Johnny Depp telah membuat saman fitnah ke atas syarikat suratkhabar British The Sun, di mana artikel yang disiarkan pada tahun 2018 menggambarkan aktor tersebut seorang ‘kaki pukul isteri’.
Semasa persidangan berlangsung bintang filem ini turut menjawab komen kontroversi, di mana aktor tersebut menggalakkan anak perempuannya Lily Rose Depp mengambil dadah semasa berusia 13 tahun.
Menurut Johnny dirinya tidak menggalakkan anak perempuannya mengambil dadah sebaliknya dirinya terlibat dalam keputusan yang anak perempuannya pilih. Dan perkara ini telah dibincangkan bersama ibunya dan bekas kekasihnya Vanessa Paradis.
Beri Dadah Demi Tujuan Pembelajaran Dan Keselamatan
Johnny memberitahu mahkamah bahawa dirinya sangat menjaga dan mengambil berat zaman remaja anak perempuannya, pada seawal usia begitu mereka mudah terikut serta ingin melakukan pelbagai perkara.
“Anak perempuan saya pada ketika itu berusia 13 tahun, dan seperti mana yang kita semua tahu pada usia 11, 12 dan 13 tahun adalah waktu kamu pergi parti sekolah tinggi dan ramai orang yang tak dikenali mula mendekati diri kamu sambil memberi minuman.
Mereka mula minum (minuman beralkohol) pada usia 12 dan 13 tahun, ambil kokain pada usia 12 dan 13 tahun, menghisap rokok marijuana pada usia 12 dan 13 tahun, melakukan banyak perkara yang ekstasi dan mengambil dadah pada usia tersebut.
Anak perempuan saya berada di parti dan seseorang memberi sesuatu padanya, waktu itu dia baru berusia 12 tahun dan tidak tahu nak buat apa”
Ekoran pengalaman yang dilalui oleh anak perempuannya itu, Johnny membuat keputusan untuk bercakap dengan anak perempuannya secara telus mengenai isu tersebut.
Dan menasihati anak perempuannya agar tidak melakukan eksperimen dadah bersama orang yang tidak dia kenali atau mengambil sesuatu (dadah) pada orang yang tidak dikenali. Sebaliknya terus berjumpa dengan dirinya, jika anaknya ingin mencubanya.
“Tolong, tolong, jika pada suatu saat dalam hidup kamu (Lily Rose), betul-betul ingin cuba mengambil dadah. Tolong berjumpa dengan ayah (Johnny) apabila kamu benar-benar telah bersedia.
Ayah tidak mahu pengalaman pertama kamu dengan mengambil sesuatu yang kamu tidak tahu bersama dengan orang yang kamu tidak kenal dan tidak dipercayai.”
Johnny juga berkata bahawa keputusannya memberi dadah marijuana pada anak perempuannya adalah tujuan ‘safety issue’ atau keselamatan.
Bila mana anak perempuannya berjumpa dengannya dan memberitahu bahawa dirinya (Lily Rose) sudah bersedia untuk mencuba, Johnny berusaha melakukan segalanya dengan sempurna dengan menghidupkan televisyen dan penuhkan peti sejuk dengan air krim untuk anaknya.
Beri Pendedahan Awal Adalah Tanggungjawab Seorang Bapa
Menurut Johnny apa yang penting pada anak adalah saling berterus-terang, jujur pada semua perkara agar anak perempuannya tidak menyembunyikan atau melakukan sesuatu di belakangnya.
Tambahan lagi, Johnny juga tidak mahu anak perempuannya menjadi paranoid jadi sebagai bapa dirinya ingin memberi pendedahan awal kepada anak perempuannya dan merasakan ia adalah tanggungjawab seorang bapa.
Apatah lagi Johnny sendiri mengaku bahawa dirinya juga mengambil marijuana dan pengalaman dirinya boleh menjadi salah satu pendedahan buat anak perempuannya.
Tidak kira apa jua pandangan orang lain terhadap dirinya, Johnny menyatakan bahawa dirinya seorang bapa yang bertanggungjawab dalam membesarkan anaknya.
Itu cara Johnny dalam mendidik anaknya mengenai dadah, lagipun lain orang lain cara mendidik anak betul tak? Siapa kita nak menghukum kan.