Lee Sung Kyung adalah salah satu selebriti Korea terkenal yang telah memasuki bidang lakonan selepas modeling. Melalui bakat dan daya tarikkan beliau, tidak dinafikan para penonton yang menonton hasil lakonannya tertarik dengan lakonannya yang memaparkan beberapa watak dan evolusi gaya yang luar biasa dalam jangka masa yang singkat.
Jadi ini adalah beberapa gaya Lee Sung Kyung semasa on-screen.
#1 HIGH SCHOOL REBEL
Memainkan watak Oh Seo Nyo dalam drama “It’s Okay, That’s Love”, Lee Sung Kyung telah menggayakan wataknya sebagai seorang gadis sekolah menengah yang suka memberontak. Mempunyai gaya rambut dengan jalur merah dan memakai aksesori yang biasanya dilarang di sekolah.
#2 RINGKAS & YOUTHFUL
Dalam “Flower Of The Queen”, Lee Sung Kyung telah menggayakan wataknya dengan beberapa gaya seperti playful, youthful, anggun dan sophisticated.
#3 GLAM VILLAINESS
Watak Baek In Ha dalam drama “Cheese In The Trap”, Lee Sung Kyung menonjolkan sisi dark dan sassy yang selari dengan watak materialistik dan mementingkan diri sendiri.
#4 EFFORTLESS & SPORTY
Membawa watak yang lucu, naif dan kekok dalam watak Kim Bok Joo dalam drama “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo”, Lee Sung Kyu telah memasukkan dua gaya iaitu gaya feminin dan gaya tomboy.
#5 SMART & SOPHISTICATED
Menjadi Jin Seo Woo dalam drama “Doctors”, walaupun wataknya memerlukan pemakaian lab coat, tetapi Lee Sung Kyu telah menggayakan gaya chic dan feminin di dalam drama ini.
#6 FRESH & LOVELY
Lee Sung Kyung telah mengenakan pakaian yang berwarna pastel dalam “About Time” sebagai Choi Michaela untuk menonjolkan wataknya yang lembut dan baik hati.
#7 AN EMPOWERED CHAMELEON
Filem “Girl Cops” telah menunjukkan Lee Sung Kyung mampu bergaya walaupun beliau memegang watak yang memakai pakaian seragam. Walaupun beliau perlu menyamar dalam filem ini, Lee Sung Kyung tetap menggayakan beberapa gaya bagi membawa watak penyamaran berjaya.
Jika anda peminat Lee Sung Kyung, anda boleh menjadikan fesyen on-screen beliau sebagai inspirasi kepada stail fesyen anda!
RUJUKAN: 1