Jangan sesekali tinggalkan pelembap dalam rutin penjagaan harian!
Penjagaan kulit yang sihat memerlukan hanya 15 minit daripada rutin harian anda. Walaupun anda membeli produk kecantikan yang mahal harganya, tetapi jika anda tidak mengamalkan pemakaian toner, krim pelembap dan krim UV, semua akan jadi sia-sia saja. Pembersihan, Toning, Pelembap dan Krim Perlindungan Matahari adalah perkara asas dalam pembersihan wajah.
Kenapa melembap sangat penting?
Pelembap mencegah tanda penuaan
Ada di antara kita mula menggunakan krim pelembap bila kita lihat ada kemunculan kedutan dan tanda kering pada kulit. Pelembap juga perlu menangani isu-isu kulit yang lain seperti mengurangkan dan mencegah kedut, bintik-bintik, kulit kendur dan garis-garis halus.
Pelembap merangsang pertumbuhan semula elastin, kolagen dan struktur protein yang membantu dalam mengekalkan keanjalan kulit. Menggunakan pelembap akan menenangkan kulit merah dan gatal kerana mengandungi SPF.
Pelembap sesuai untuk semua jenis kulit
Kebanyakan pelembap boleh digunakan untuk kedua-dua kulit kering dan berminyak. Bahan-bahan khas dalam pelembap adalah bertujuan untuk mengawal sebum – minyak yang dihasilkan oleh kulit. Ini akan membuatkan kulit tidak terlalu berminyak atau terlalu kering.
Penghidratan sepanjang hari
Berikan diri anda satu atau dua minggu untuk mencuba pelbagai jenama pelembap. Jika anda merasakan bahawa kulit anda kering terlalu cepat, maka produk tersebut mungkin tidak sesuai. Pelembap yang bagus bila mana kulit kekal terhidrat sepanjang hari malah lembut.
Bagi anda yang mengalami kulit sensitif jenis acne-prone, anda dinasihatkan untuk perhatikan kandungan bahan sebelum membeli. Berikut adalah beberapa pelembap bagus yang dipercayai menurut pakar dermatologi Samer Jaber dari Washington Square Dermatology in New York City.
Neutrogena Hydro Boost Gel Cream
Formula berasaskan gel cenderung lebih ringan pada kulit, yang mana kulit yang mudah berjerawat senang ditangani. Pakar kata produk ini bagus untuk kulit berminyak dan kering. Ia mengandungi bahan pelembap seperti hyaluronic acid, glycerin dan dimethicone, di mana mempunyai sifat pelembap yang hebat untuk sesuatu yang sangat ringan.
CeraVe PM Facial Moisturizing Lotion
Produk drugstore kegemaran ramai adalah pelembap yang disyorkan oleh ramai pakar dermatologi. Ia sangat ringan, diformulasikan dengan ceramides, niacinamide dan hyaluronic acid, bebas minyak dan non-comedogenic.
(Nota: Non-comedogenic bermaksud produk tak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Produk yang mengandungi bahan comedogenic akan menyebabkan pori tersumbat dan blackhead timbul pada kulit wajah)
Cetaphil Moisturizing Lotion
Merupakan produk drugstore yang berpatutan. Cetaphil Moisturizing Lotion, pilihan kebanyakan dermatologi kerana ia bersifat ringan dan lembut pada kulit. Ia diformulasikan dengan B5 dan Vitamin E, dan bebas minyak dan non-comedogenic. Lagi satu multi-purpose, 1 botol besar boleh digunakan di badan juga.
Aveeno Clear Complexion Daily Moisturizer
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang agak nomal, pelembap Aveeno ini yang mengandungi salicylic acid untuk membantu membersihkan dan mencegah noda. Produk ini non-comedogenic, bebas minyak dan hypoallergenic, jadi ia tidak akan menimbulkan banyak masalah setiap kali dipakai.
(Nota: Hypoallergenic adalah jaminan dari pengeluar bahawa sesuatu produk akan kurang berkemungkinan untuk sebabkan alergi pada pengguna)
First Aid Beauty Skin Rescue Oil-Free Mattifying Gel Moisturizer
Pelembap ini menghidrat dan menambah kulit dengan ekstrak botani yang kaya antioksidan. Ia juga dapat membantu mengurangkan penampilan pori-pori, menjadikan kulit lebih cantik. Pelembap jenis gel sangat ringan menggunakan bahan-bahan seperti FMLT SeboCure, campuran proprietari untuk membantu menyerap sebum, mengurangkan kulit berminyak dan mencegah timbulnya cela.
Jadi, sila bertukar ke krim pelembap ini agar tiada lagi masalah kulit berjerawat.
Selamat Beramal!