Penggunaan menstrual cup di kalangan wanita Malaysia tidak begitu meluas seperti wanita di luar negara, kerana kurang pendedahan dan kebanyakan wanita tempatan rasa lebih selesa memakai tuala wanita atau pad berbanding menstual cup.
Tapi menurut wanita yang telah memakai menstrual cup ini menyatakan, cup ini lagi best dan bagus pakai berbanding tuala wanita.
Kalau nak tahu apa kenapa menstrual cup lagi bagus, jom semak penjelasannya menerusi video dari YouTuber Siti Awe di bawah.
#1 Tak Rasa Gatal, Elok Duduk Terletak Dan Tidak Bocor
Masalah gatal-gatal di faraj semasa kedatangan haid sering dilalui oleh wanita, perkara ini berlaku kerana berlaku jangkitan kuman, kulat atau ruam di bahagian intim.
Tapi dengan memakai menstrual cup ini wanita tidak lagi mengalami masalah gatal-gatal, sebaliknya ia elok terletak dalam faraj dan juga tidak berlaku masalah kebocoran darah di seluar dalam wanita.
#2 Menstrual Cup Adalah ‘Pilihan’ Masing-Masing
Memakai menstrual cup ini adalah pilihan masing-masing, tidak kira anak dara atau para isteri sekalipun boleh memakai menstrual cup ini.
Cuma wanita perlu berani dan tidak takut untuk mencuba, dan paling penting ini adalah alternatif lain yang boleh wanita gunakan selain memakai tuala wanita ataupun tampon.
#3 Cari Menstrual Cup Gred Perubatan
Untuk keselamatan tidak kira buat pertama kali ingin mencuba ataupun yang telah berpengalaman digalakkan mencari menstrual cup jenis gred perubatan (medical grade) agar diri lebih yakin dan selamat untuk menggunakan menstrual cup tersebut.
Antara jenama menstrual cup jenis gred perubatan yang boleh kamu cari adalah seperti berikut:
- OrganicCup
- Venus
- Korsmall
- Saalt
- The Honey Pot Company
- Cora
- lena
#4 Menstrual Cup Mudah Pakai Dengan Teknik Yang Betul
Nak pakai menstrual cup ini sebenarnya mudah sahaja, yang penting adalah kena rajin berlatih untuk pakai menstrual cup ini InsyaAllah selepas itu kamu akan rasa mudah untuk memakainya. Nak tahu langkah-langkah yang betul untuk memakai menstrual cup, jom lihat di bawah.
Langkah Pertama
Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum menggunakan menstrual cup ini adalah steril dahulu menstrual cup dalam air mendidih, dan pastikan tangan telah di basuh bersih sebelum memegang menstrual cup.
Langkah Kedua
Kemudian mulalah fasa untuk memasukkan menstrual cup ke dalam faraj, tetapi sebelum nak masukkan menstrual cup ini kamu perlu ketahui terdapat beberapa cara folding menstrual cup untuk mudahkan masuk ke dalam faraj.
Folding Jenis C
Folding Jenis Punch Down
Folding Jenis 7 Fold
Langkah Ketiga
Dah pilih cara folding, basahkan menstrual cup dengan air atau mana-mana cecair seperti Durex, Vaseline atau KR Jelly untuk memudahkan menstrual cup masuk ke dalam faraj. Paling penting kamu harus bertenang dan relax ketika hendak memakai menstrual cup tersebut.
#5 Menjimatkan Duit Dan Boleh Pakai Berulang Kali
Memakai menstrual cup ini sangat berbaloi kerana ianya boleh digunakan dengan berulang kali, dari situ wanita dapat menjimatkan kos perbelanjaan seumur hidup.
Dan harga menstrual cup pula dalam lingkungan RM 20 hingga RM300, harga yang ditawarkan berdasarkan jenis bahan yang digunakan dan juga jenis gred cup yang terdapat di pasaran.
Bagi yang ingin mencari alternatif lain untuk tangani kebocoran darah haid, maka menstrual cup ini adalah salah satu cara yang boleh kamu gunakan.
Bagi wanita yang merancang kehamilan dengan memakai kontraseptif seperti alat intrauterine device, kamu hendaklah merujuk kepada doktor kamu dahulu sama ada boleh atau tidak kamu memakai menstrual cup tersebut.
Bukan apa, risau kalau kamu pakai juga masa nak tarik keluar menstrual cup tersebut, tertarik sekali alat pencegahan tersebut.
Selamat beramal♥