Siapa penggemar kimchi sangat beruntung kerana seorang profesor dari Perancis telah mengeluarkan kajian tentang penemuan sayur kobis jeruk tersebut berpotensi merendahkan risiko jangkitan virus pandemik itu.
Profesor Terhormat Perubatan Pulmonary di Univeristi Montpellier, Perancis iaitu Dr. Jean Bousquet telah menyiarkan penyelidikannya tentang hubungkait antara merendahkan risiko Covid-19 dan juga perbezaan gaya pemakanan antara negara terutama sayur kobis perap.
Kimchi Berpotensi Rendahkan Risiko Covid-19
Berdasarkan kajian yang disiarkan dalam Journal Clinical And Translational Allergy, negara yang mengamalkan sayur kobis jeruk atau perap dalam diet pemakanan mereka dilihat rendah risiko jangkitan virus berkenaan.
Ini dapat dilihat di Korea Selatan dan German yang mengamalkan gaya pemakanan sayur kobis jeruk atau perap seperti kimchi dan sauerkraut di negara masing-masing.
Kimchi Tinggi Antioksidan
Sayur kobis perap atau dijerukkan seperti kimchi mempunyai tinggi antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun badan.
Selain itu, kimchi juga dapat membantu merendahkan tahap ACE², yang merupakan sel enzim membran yang sering ditemui dalam paru-paru di mana ia dilihat sebagai pintu masuk untuk Covid-19 ke dalam tubuh badan manusia.
Kimchi Rendahkan Tahap ACE² Macam Perisai
ACE² merupakan tiket masuk Covid-19 untuk memasuki tubuh badan manusia menerusi paru-paru, tetapi jika tahap ACE² rendah ia akan menyukarkan virus tersebut sukar memasuki paru-paru manusia.
Dengan memakan sayur kobis yang diperap seperti kimchi boleh merendahkan tahap ACE², di mana sayur yang diperap seperti ini bukan saja mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi malah juga boleh melindungi dari risiko serangan Covid-19.
Kimchi Mengandungi Probiotik
Siapa sangka sayur kobis yang diperap seperti kimchi ini bukan saja mengandungi antioksidan yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin C.
Selain itu, oleh kerana sayur kobis ini diperam ia secara tidak langsung menghasilkan probiotik di mana probiotik ini menyokong ‘gut microbiome’ yang mana ia membantu memberi kesan imun yang lebih bagus dalam tubuh manusia.
Jom Buat Kimchi D.I.Y Sendiri
Kajian telah menunjukan sayur yang diperap menghasilkan probiotik dan tinggi kandungan antioksidan serta meningkatkan sistem imun badan. Oleh itu, apa kata kita hasilkan sendiri sayur perap atau kimchi sendiri lagi bagus dan selamat bukan?
Bahan-bahan untuk buat kimchi
- 1 labu atau 910 gram sayur kobis bunga
- 120 gram garam
- 4 batang daun bawang
- 2 inci halia hidup
- 6 ulas bawang putih
- 4 gram lobak putih
- 115 gram nasi putih
- 60 ml air (mungkin akan guna lebih)
- 2 sudu makan sos soya
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan gochujang
Cara buat kimchi
- Potong kobis bunga secara memanjang kepada dua bahagian (macam dalam video), kemudian potong lagi sayur dalam 2 inci atau 5 cm (macam segi empat).
- Pastikan sayur dah dibasuh bersih kemudian masukkan sayur yang dipotong tadi dalam mangkuk besar.
- Selepas itu, tabur garam pada sayur dan gaul menggunakan tangan hingga sayur menjadi lembut.
- Kemudian tutup sayur menggunakan tuala dan biarkan terperap dalam 1-2 jam, setelah itu rendam sayur dalam air sejuk dan toskan sayur guna penapis.
- Sementara itu, potong daun bawang hijau dalam 1 inci atau 2 cm, kemudian kupas kulit halia dan bawang putih.
- Selepas itu, potong lobak putih menjadi seperti saiz batang mancis sama saiz dan ukuran.
- Masukkan nasi putih, air, bawang, halia dan sos soya dalam mesin pengisar dan kisar bahan-bahan sehingga hancur menjadi pes.
- Kemudian masukkan 1 sudu gula dan 5 sudu gochujang, kemudian gaul rata.
- Masukkan sayur kobis, daun bawang dan lobak putih dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan pes dalam mangkuk dan gaul pes pada sayur hingga rata menggunakan tangan. (Pastikan kamu memakai sarung tangan sebelum gaul sayur)
- Selesai gaul semua sayur dengan rata bersama pes tersebut, kemudian masukkan sayur tersebut dalam balang atau bekas bertutup dan tutup sayur tersebut rapat-rapat. (Pastikan kamu meninggalkan 1 inci ruang dari penutup bekas, bermakna jangan isi penuh-penuh sangat sayur dalam balang atau bekas, tinggalkan ruang 1 inci dari penutup balang atau bekas.
- Sebelum terlupa, alas balang sayur menggunakan bekas atau mangkuk yang besar untuk menadah air jus perapan yang mungkin keluar sepanjang proses perapan berlaku nanti.
- Simpan dan perap sayur selama 2-14 dalam sudu bilik dan simpan di tempat yang gelap. Apabila sayur telah sedia untuk dimakan, kamu akan lihat terdapat buih di dalam balang atau bekas dan jus atau air perapan mungkin ada yang terkeluar dari balang atau bekas.
- Jika kamu suka rasa sayur kimchi yang kuat, maka kamu boleh memeriksa rasa kimchi sekali sehari. Dan perap lebih lama mengikut rasa yang kamu ingini.
- Selepas kamu dah rasa sayur kimchi mencapai rasa yang kamu ingini, kamu boleh simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.
Memakan makanan berperap atau berjeruk memang mempunyai antioksidan yang tinggi dan bantu tingkatkan sistem imun diri, tapi setiap benda baik juga mempunyai had pengambilan juga.
Oleh itu, makan dalam kuantiti yang sederhana dan bukannya berlebihan. Elok nak cegah serangan virus tapi kerana terlebih makan jadi lain pula.
Selamat beramal!