Semakin dunia menjadi moden, pelbagai jenis alat teknologi telah dikeluarkan bagi memantapkan lagi rutin kecantikan harian seorang wanita. Pelbagai jenis syarikat kecantikan berlumba sesama mereka untuk mengeluarkan alat yang dapat membantu wanita untuk kelihatan cantik seperti Foreo.
Jenama Foreo terkenal dengan Luna iaitu cleansing brushes dan yang terkini adalah UFO Smart Mask Treatment.
APA ITU UFO?
UFO diwujudkan disebabkan oleh kecantikan dan teknologi yang berfokuskan kepada rawatan wajah seperti di spa yang hanya memerlukan 90 saat. UFO menggabungkan kelebihan face mask yang mempunyai teknologi inovatif untuk memastikan setiap wanita yang menggunakannya dapat manfaat sepenuhnya daripada face mask mereka.
Peranti ini berfungsi dengan menggunakan Hyper Infusion Technology dan terapi cahaya LED RGB yang memberikan rawatan tahap professional walaupun anda menggunakannya di rumah. Gabungan Hyper Infusion Technology ini adalah Cryo-Theraphy (penyejukan), Thermo-Theraphy (pemanasan) dan denyutan T-Sonic yang membolehkan formula face mask ini meresap ke dalam kulit.
Gabungan cahaya LED RGB iaitu merah, hijau dan biru yang memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya. Antara manfaatnya adalah, lampu berwarna merah berfungsi sebagai merangsang kolagen manakala lampu berwarna hijau bertindak sebagai mencerahkan kulit dan lampu berwarna biru digunakan dalam membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sebelum pengeluaran peranti UFO ini, ramai wanita menghabiskan wang mereka bagi mendapatkan rawatan lampu LED di spa.
SET UFO
Sekiranya anda membeli Foreo UFO Smart Mask Treatment, anda akan mendapat:
- Make My Day Activated Mask
- Plastic stand
- Kabel pengecasan USB
BAGAIMANA NAK GUNA? [Android & AppStore]
Anda perlu muat turun aplikasi Foreo dan ikuti arahan untuk memasangkan peranti UFO. Dalam aplikasi tersebut, anda perlu mengimbas barcode dan rawatan yang sesuai untuk anda akan diselaraskan secara automatik ke peranti UFO. Rawatan face mask akan dimulakan secara langsung dari aplikasi Foreo.
Pada peranti UFO, tanggalkan attachment ring dan keluarkan UFO Activated Mask daripada sachet. Letakkan mask pada peranti UFO kemudian kemaskannya menggunakan attachment ring yang diletakkan kembali di tempat asalnya dengan logo Foreo yang menghadap ke atas.
Gerakkan UFO secara perlahan-lahan ke seluruh permukaan kulit wajah yang bersih dan kering. Buatkan gerakan urutan secara membulat sehingga peranti terhenti dengan sendiri iaitu menandakan berakhirnya rawatan anda. Buang mask tersebut dan bilas UFO di bawah air yang mengalir.
https://www.instagram.com/p/CC4-Qj3n4Yo/
Lebihan esen di permukaan wajah, anda boleh mengurutnya menggunakan tangan sehingga diserap sepenuhnya. Kemudian anda boleh menggunakan pelembab muka kesukaan anda selepas itu.
Jika anda seorang wanita yang sering menghabiskan hujung minggu anda di rumah tetapi inginkan kulit yang cantik seperti pergi ke spa, Foreo UFO adalah solution anda untuk kekal cantik tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
Untuk mendapatkan Foreo UFO, anda boleh membeli di laman web rasmi foreo.my atau di Instagram @foreo_my.