Trend K-Beauty terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, rutin kecantikan untuk mendapatkan ‘glass skin’, acne patch, sheet mask dan juga lip stain.
Untuk entry kali ini, Wanista nak bercakap tentang lip stain. Pernah pakai lip stain? Menarik bila pakai lip stain adalah ia kekal lama seharian. Walaupun anda makan dan minum, anda tidak perlu touch up berulang kali, tidak seperti lipstick, itulah sebabnya nama formula stain. Bila meresap ke bibir, ia tahan lebih lama. Hal ini yang menyebabkan ia sukar untuk dihilangkan.
Warna pada lip stain juga lebih pigmen dan bervariasi. Mulai dari warna cerah, gelap hingga ke nudes. Senang cerita lip stain untuk mereka yang menginginkan lipstick yang less coverage, smudgeproof, dan sangat tahan lama.
Lip stain selalu hadir dalam tekstur cecair, jadi setelah kering, ia tidak akan hilang. Kemungkinan bibir akan menjadi sangat kering, jadi sebaiknya sapukan pelembap terlebih dahulu. Siapa miliki bibir berkerak atau kedut di sekitar, elak pakai lip stain kerana ia hanya nampak buruk.
Berikut adalah lip stain cantik dan tahan lama, anda makan dan minum masih tak hilang.
[Nota : Pilihan produk berdasarkan pengalaman dan review pengguna]
Tekstur sangat ringan dan tidak menyebabkan bibir kering. Mumpunyai variasi warna sekitar 37 shades dari cerah, gelap ke nudes.
Ia mempunyai tekstur baldu dan kelihatan kabur di bibir. Ia tidak terlalu kering, agak creamy dan memang tahan lama.
Clarins Water Lip Stain
Formula kaya dengan bahan aktif yang berasal dari tumbuhan. Miliki banyak shades, warna yang boleh disesuaikan dan tahan lama untuk kemasan matte. Tidak mengeringkan dan bibir kelihatan semula jadi.
Produk Maybelline jarang mengecewakan. Maybelline Ink Crayon sangat berkrim dan berpigmen seperti lipstick matte, tetapi ia tetap miliki daya tahan yang tinggi dan tidak mengeringkan bibir.
Sephora Collection Cream Lip Stain
Respon positif! Tesktur cecair yang langsung tidak mengeringkan bibir (pada penulis). Tampil dalam lebih daripada 70 warna berani, memberikan kemasan matte kekal dan bertahan selama berjam-jam.
Hera Sensual Lip Tint
Sangat berpigmen dengan tekstur berkrim. Menawarkan warna-warna cantik yang tahan lama hanya dalam lapisan nipis dan ringan saja. Warna tahan lama selama berjam-jam tanpa terasa melekit di bibir.
Mac Cosmetics Versicolour Stain
Disuntik dengan minyak emollient, produk ini miliki tektsur berkrim dan sangat ringan, kelihatan berkilau dan selesa dipakai. Ada pelbagai warna yang tahan lasak sepanjang hari (siang ke malam mungkin).
Semua pilihan di atas, boleh didapati di Sephora dan drugstore. Harga pun sangat berpatutan.
Selamat Beramal!