Berumur 94 tahun, Ratu Elizabeth merupakan pemerintah yang paling lama di United Kingdom. Walaupun pemerintahannya lama, tetapi pilihan makanannya tidak banyak berubah.
Menurut McGrady iaitu bekas cef diraja, Ratu Elizabeth akan menerima senarai cadangan menu dan memilih pilihan makanannya dua kali seminggu. Jadi apakah pilihan makanan yang dipilih oleh Ratu Elizabeth?
SARAPAN PAGI
Ratu Elizabeth akan memulakan harinya dengan secawah teh Earl Grey tanpa susu atau gula menggunakan bone china dengan beberapa biskut. Seterusnya baginda akan memakan bijirin yang mempunyai buah-buahan dan pilihan bijirinya ialah Special K.
(Nota: Bone china adalah sejenis porselin yang terdiri daripada abu tulang, bahan feldspathic, dan kaolin.)
Kadang-kadang, Ratu Elizabeth akan menukarkan bijirin kepada roti bakar dan marmalade. Pada hari istimewa pula, baginda akan memakan scrambled eggs dan smoked salmon serta truffle. Dia memilih untuk menggunakan telur koko berbanding telur putih.
MAKAN TENGAH HARI
Sebelum makan tengah hari, Ratu Elizabeth akan mengambil sedikit minuman iaitu gin dan Dubonnet dengan hirisan lemon serta ais yang banyak.
Makanan tengah harinya yang sederhana seperti ikan dan sayur-sayuran atau ayam panggang dan salad dihidangkan pada pukul 1 petang. Makanan kegemarannya ialah Dover Sole panggang dengan bayam atau zucchini. Baginda akan mengelakkan daripada memakan kentang, nasi, pasta atau makanan yang mengandungi kanji.
MAKAN PETANG
Pada makan petang, baginda disajikan dengan kek span madu dan krim, serta kegemarannya iaiu kek biskut coklat.
“Terdapat dua jenis sandwich wajib pada makan petang iaitu timun, smoked salmon, telur dan mayonis atau ham dan mustard. Roti sandwic tersebut mestilah tiada kerak. Ratu Elizabeth juga sering menikmati jam pennies,” ujar McGrady.
MAKAN MALAM
Ratu Elizabeth memilih daging dari ladang tempatan sebagai makan malamnya. Stik Gaelic merupakan kegemarannya yang disajikan dengan sos cendawan, krim dan wiski. Baginda juga menyukai Sunday Roast dan kadang-kadang memakan daging kambing serta daging lembu. Tetapi daging mestilah dimasak well-done.
Hidangan utamanya mestilah diselitkan dengan strawberi atau pic yang ditanam di rumah hijaunya di Windsor Castle.
Beberapa sumber mengatakan bahawa Ratu Elizabeth akan meminum segelas champagne pada akhir harinya. Champagne tersebut akan dipilih daripada 8 jenis jenama yang telah diberikan waran oleh kerajaan iaitu barangan yang dibekalkan kepada anggota keluarga diraja.
McGrady turut menyatakan bahawa Ratu Elizabeth sangat menyukai coklat dan menggelarnya sebagai ‘chocoholic‘. Baginda sangat menyukai dark chocolate.
Ratu Elizabeth sangat menjaga waktu makan dan makanan yang dimakan olehnya. Baginda hanya mengambil small portions sahaja dalam setiap makanannya untuk kesihatan dan badan.