Akibat penularan pandemik di Malaysia telah menyebabkan banyak sektor mengalami kerugian yang teruk, dan salah satu darinya adalah sektor pelancongan, makanan dan peruncitan.
Untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi dalam sektor ini, Tourism Selangor dan Badan Persatuan Perlancongan Malaysia (MITA) menganjurkan kempen Pakej Percutian Domestik di mana pakej tersebut menggalakan orang ramai untuk bercuti dan berlibur dalam negara terutama di sekitar Selangor.
Menerusi idea kempen tersebut Da Men Mall USJ turut bersama-sama memeriahkan pakej kempen tersebut, dengan menganjurkan ‘A Taste Of Malaysia’ yang sedang berlangsung sekarang ini sehingga 31 Disember 2020.
Kempen ‘A Taste Of Malaysia’ ini membawakan pelbagai aktiviti hiburan yang menarik di dalam pusat membeli-belah di tengah-tengah bandaraya Subang Jaya ini.
Nak tahu apa lagi yang menarik dalam pakej kempen ini, jom teroka di bawah.
Sokong Produk Lokal
Penasihat Da Men Mall USJ, Ab Wahab menyarankan lebih ramai rakyat sekitar Selangor datang membeli-belah di pusat membeli-belah Da Men Mall USJ bagi membantu menaikkan semula ekonomi.
Dan dalam masa yang sama pengunjung juga dapat menyokong peniaga-peniaga lokal dengan berbelanja produk barangan lokal ‘A Taste Of Malaysia’ yang terdapat di tingkat empat dalam Da Men Mall USJ.
Nikmati 250 Produk Tempatan
Selain itu, di tingkat empat pusat membeli-belah popular USJ ini juga menawarkan lebih 250 produk yang merangkumi makanan, minuman, barangan kraf, fabrik, aksesori dan banyak lagi variasi produk lokal yang menarik boleh didapati di Da Men Mall USJ.
Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Kempen ‘A Taste Of Malaysia’ Berlangsung’
Sepanjang program ‘A Taste Of Malaysia’ berlangsung hingga hujung tahun ini, pelbagai aktiviti dan hiburan diadakan dalam pusat membeli-belah Da Men Mall USJ.
Antara aktiviti yang menarik adalah menyertai permainan lokal, permainan berkonsep pendidikan, persembahan kebudayaan dan persembahan keseluruhan yang gempak.
Bagi yang bosan duduk rumah, maka habiskan cuti hujung minggu bersama keluarga mahupun rakan-rakan di Da Men Mall USJ dengan menyertai aktiviti yang terdapat dalam pusat membeli-belah tersebut.
RM10,00 Baucer Untuk Pelancong Berbelanja Di ‘A Taste Of Malaysia’
Untuk menyokong pakej percutian domestik yang dianjurkan oleh Tourism Selangor bersama MITA, Da Men Mall USJ memberi RM10,000 baucer untuk pelancong yang datang membeli-belah di ‘A Taste Of Malaysia’ yang terletak di tingkat empat pusat membeli-belah tersebut.
Selain itu, pelancong juga akan mendapat 10% diskaun tatkala berbelanja di sana. Da Men memberi tawaran diskaun yang berbaloi buat para pelancong yang datang bertandang.
Nak Bercuti, Pusing Satu Selangor Dahulu!
Selain menggalakkan orang ramai berbelanja di Da Men Mall USJ, Tourism Selangor dan MITA juga ingin menggalakan orang ramai untuk menjelajah satu Selangor menerusi kempen Pakej Percutian Domestik.
Siapa kata dalam Selangor tiada destinasi yang percutian yang menarik, sebenarnya banyak lagi destinasi-destinasi menarik berbaloi untuk di terokai dalam Selangor terutamanya.
Antara tempat-tempat menarik yang wajib untuk dikunjungi dalam Selangor adalah:
- Mines Resort City
- SnoWalk I-City
- Kuala Selangor Fireflies
- Pulau Ketam
- Gua Damai Xtreme Park
- Kuala Selangor Nature Park
- Sky Mirror
- Eagle Feeding Pasir Penambang
- Bangi Gateway
- Da Men Mall USJ
Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan dijadikan itinerary percutian kamu sekeluarga ataupun bersama rakan-rakan, sepanjang tahun ini.
Bagi yang ingin habiskan masa bercuti yang berbaloi pada hujung minggu ini, apa lagi jom ke Tingkat Empat, Da Men Mall USJ, No.1 Persiaran Kewajipan USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Untuk mengetahui apa lagi aktiviti menarik di Da Men Mall USJ sepanjang tahun ini, layari laman sesawang Da Men [SINI] dan ikuti akaun Instagram Da Men Mall USJ [SINI], serta ikuti laman Facebook Da Men [SINI].
Nikmati pelbagai produk lokal, aktiviti, hiburan di pusat membeli-belah Da Men Mall USJ, tatkala keluar berjalan-jalan atau bercuti di sekitar Selangor.