• Latest
Foto - The Ranch TN

Kamu Curang Sixth Sense Wanita Boleh Tahu

July 29, 2020
Foto - Ánh Tít (Facebook)

Jururawat Vietnam Ajar Cara Bagi Bayi Lena, Hanya Bedung Guna 4 Langkah!

January 23, 2021
Foto - Instagram / Bored Panda

Jambang Ekor Monyet Jadi Pilihan, Gaya Terkini Lelaki 2021

January 23, 2021
Foto - Reader's Digest

Tarik Nafas Dan Kawal Emosi Marah Kamu Dengan Tips Bernas Ini!

January 23, 2021
Foto - Dakwah Sentap / Pesona Pengantin

Rajin Solat Tapi Otak Porno, Ustaz Don Daniyal Ajar Cara Upgrade Diri

January 22, 2021
Foto - Elite Daily

Nak Bersama Dengan Pasangan Pun Kena Hati-Hati, Kalau Tidak…

January 22, 2021
Foto - Eminetra New Zealand

5 Foto Seksi Clelia Theodorou, Wanita Viral Yang Terseksa Punya Payudara 32GG

January 22, 2021
Foto - My Info Taip / IMDB

5 Filem Melayu Psiko Thriller Best Tonton Masa PKP Ini

January 22, 2021
Foto - Pinterest

Senang ‘Kacang Goreng’, Guna Remote Saja Dah Boleh Bersih Aircond Di Rumah

January 22, 2021
Foto - Instagram Prof Dr Muhaya / Berita Harian Sg

Kerana Suruh Pesakit Henti Makan Ubat Anxiety, Prof Dr Muhaya Mohon Maaf

January 22, 2021
Foto - Reddit

Wajah Twice Tzuyu Paling Banyak Permintaan Wanita Untuk Pembedahan Plastik

January 22, 2021
Foto - Siti Nurhaliza Tarudin (Instagram)

Proses IVF Anak Kedua Buatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Lebih Kerap…

January 22, 2021
Foto - Arkib Wanista

Padlock Mangga Rumah Selalu Buat Hal, Ini Cara Tangani

January 21, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

Kamu Curang Sixth Sense Wanita Boleh Tahu

Mas Idayu by Mas Idayu
July 29, 2020
Foto - The Ranch TN

Foto - The Ranch TN

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Wanita sangat peka dan sensitif terhadap perubahan suami atau teman lelaki mereka, setiap perubahan yang di lihat pada pasangan akan melahirkan satu perasaan yang aneh.

Apatah lagi perasaan yang lahir tiba-tiba itu menjadi kuat dan memberi umpama mesej atau amaran seperti ada yang tidak kena dengan pasangan tersebut,dan itulah yang dikatakan sixth sense atau gerak hati wanita.

Tahu tak dalam perhubungan, naluri atau gerak hati wanita akan jadi lebih kuat berbanding biasa. Hal ini berlaku kerana tahap sensitiviti dan kepekaan wanita sangat tinggi sehingga boleh mengesan bahawa suami atau teman lelaki mereka curang.

IKLAN

Nak tahu macam mana sixth sense wanita dapat mengetahui kecurangan yang dilakukan oleh suami atau teman lelaki kamu, jom tengok tanda-tandanya di bawah.

Hati Rasa Tak Tenang

Foto – Eileen Purdy

Bercakap pasal gerak hati atau sixth sense ini, ianya bukanlah satu perkara yang asing apatah lagi perasaan sebegini kerap hadir dalam hubungan percintaan mahupun dalam kekeluargaan. 

Berbalik pada gerak hati, wanita akan berasa tidak tenang tatkala menghadap si dia. Mungkin waktu itu kamu sudah perasan bahawa gerak geri si dia berbeza dari biasa, membuatkan hati berasa tidak tenang seperti si dia merahsiakan sesuatu dari kamu. 

Jantung Berdegup Laju Seperti Ada Sesuatu Yang Bakal Berlaku

Foto – Hack Spirit

Satu lagi tanda sixth sense wanita sedang beraksi dalam radar adalah, bila mana kamu merasai jantung berdegup laju seperti ada sesuatu yang bakal berlaku.

Biasanya bila ini berlaku kamu akan menghadapi sebuah kejutan yang tidak disangka, antaranya kawan-kawan kamu memberi khabar ternampak suami atau teman lelaki kamu bermesraan dengan wanita lain di luar.

Atau kamu sendiri ternampak pelakuan curang si dia tatkala keluar berlibur bersama rakan dan sebagainya. Biasanya perasaan sensitif seperti ini adalah memberi amaran tepat, cuma kamu yang kena bijak menelahnya kerana ada saja wanita yang tak percayakan gerak hati sendiri, sudahnya dikecewakan seperti kain buruk.

Perasaan Rasa Tidak Serasi 

Foto – WebMD

Pasangan yang dah lama bersama tiba-tiba perasaan serasi yang selalu menyelimuti dua hati kini tidak lagi rasa serasi, sebaliknya lebih selesa menyendiri sepi atau buat hal masing-masing.

Jika hal ini berlaku dalam hubungan kamu dan pasangan secara tiba-tiba, sixth sense kamu mungkin telah merasakan yang si dia telah mempunyai cinta hati yang baru.

Dah Kurang Berkomunikasi

Foto – Elite Daily

Meski dalam hubungan ada naik turunnya, tapi kalau kamu dan dia secara perlahan-lahan sudah kurang berkomunikasi dan berbicara dari hati ke hati, maka mungkin si dia sudah beralih arah.

Lagi menyedihkan gerak hati kamu juga berbisik jawapan yang sama, dan menemui bukti kecurangan si dia maka eloklah hubungan kamu di selesaikan dengan cara yang baik.

Ubah Kunci Skrin Telefon

Foto – Popular Science

Bila naluri sudah berkata si dia sudah tidak lagi setia pastinya kamu akan jumpa bukti si dia sudah berubah, seperti kalau dahulu kamu boleh pegang dan lihat telefonnya.

Tetapi kini tidak lagi, siap dah pakai lock pad pada skrin telefon bagi mengelakkan kamu lihat apa yang ada dalam telefon tersebut. Ini menunjukan ada perkara yang dirahsiakan dari kamu dan si dia tidak mahu kamu menyentuh telefonnya lagi.

Banyak Habiskan Masa Di Tempat Kerja

Foto – Shutter Stock

Kalau kamu perasan si dia banyak habiskan masa di tempat kerja dan bila kamu selidik si dia bergaul rapat dengan wanita di tempat kerja mungkin saat itu hubungan kamu perlahan-lahan diambang pengakhiran.

Dengar kata hati kamu jika si dia tidak lagi serius dan sekadar memainkan perasaan kamu semata, mungkin kamu perlu fikir dengan teliti arah hala tuju hubungan kamu dengan si dia.

Foto – Arkib Wanista

Sixth sense wanita adakalanya lebih tepat dari jangkaan atau telahan detektif, apa saja yang mereka rasai pasti memberi mesej tertentu.

Jadi buat kaum adam kalau rasa diri nak berlaku curang fikir 10 kali dahulu, sama ada kamu mampu hadap amarah wanita dan kesan menipu hati wanita.

Lagipun wanita tak perlukan fake love orang lelaki yang sekadar menyebut ayat-ayat manis saja.

Tags: Curang Dalam PerhubunganFake LoveFirasat WanitaGerak Hati Wanitalelaki curangNaluri WanitaSixth Sense Wanita

ARTIKEL BERKAITAN

Health

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja

October 27, 2020
Health

Isteri Malas Masak, Suami Boleh Bantu Dengan Cara Ini

October 27, 2020
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan