Siapa yang tak nak kelihatan cantik bukan? Apatah lagi bila kita mula meningkat usia, penjagaan kulit sangat dititik beratkan. Mempunyai kulit wajah yang anjal, gebu, sihat dan berseri merupakan idaman setiap wanita.
Tapi macam mana nak dapatkan kulit wajah idaman yang dapat memberi kesan secara mendalam pada kulit wajah?
Jawapannya ada pada WonderLab, di mana jenama penjagaan wajah dan kesihatan ini menawarkan pakej masker muka WonderDewi.
Masker muka dalam rangkaian WonderDewi ini memiliki empat jenis variasi masker muka untuk wanita miliki kulit wajah bak bidadari, iaitu Dewi Hydro, Dewi Bright, Dewi Soothe dan Dewi Repair.
- Foto – WonderLab
Kalau nak tahu macam mana nak dapatkan kulit wajah yang sihat, anjal, gebu dan berseri bak bidadari dengan menggunakan masker muka WonderDewi jom ikuti tips di bawah.
Miliki Kulit Anjal Seperti Dewi Hydro
- Foto – WonderLab
Bagi yang inginkan kulit wajah sentiasa anjal, lembap dan sihat, masker muka Dewi Hydro adalah yang terbaik untuk kamu.
Masker muka Dewi Hydro yang dirumus khas dengan kandungan tujuh jenis asid hydro rendah molekul dapat membuatkan kulit kekal lembap untuk jangka masa panjang dan sekaligus meningkatkan tahap kelembapan serta penghidratan kulit.
Kulit Secerah Mutiara Dengan Dewi Bright
- Foto – WonderLab
Siapa yang tidak mahu kulit wajah yang cerah dan bersinar bak mutiara bukan? Dengan masker wajah Dewi Bright pasti boleh, kerana ia mengandungi ekstrak mutiara yang berkesan untuk mencerahkan kulit dan meningkatkan tona kulit yang tidak sekata.
Tambahan lagi masker muka ini juga mengandungi glutathione dan vitamin yang berperanan mengurangkan melanin dan mencerahkan kulit dengan antioksidan yang tinggi.
Alami Kulit Sihat Dengan Dewi Soothe
- Foto – WonderLab
Jika kamu miliki kulit jenis sensitif, maka masker muka Dewi Soothe yang diperkaya dengan aloe vera merah jambu ini sangat sesuai untuk kulit kamu.
Ia boleh membuatkan kulit sensitif menjadi sihat, menenangkan, melembapkan kulit dari dalam dan juga membantu sel kulit wajah menghasilkan kolagen.
Selain itu, masker muka ini juga mengandungi pot marigold dan soothing cooler yang mana merupakan bahan-bahan yang sangat berkesan dalam menenangkan kulit bermasalah, sensitif, dan kering.
Rawat Kulit Bermasalah Dengan Dewi Repair
- Foto – WonderLab
Kamu sering mengalami masalah kulit kusam dan rosak, baiki kulit wajah dari dalam dengan masker muka Dewi Repair yang mengandungi ekstrak natto gum. Ektrak dari natto gum yang diperbuat dari kacang soya perap dapat meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit wajah dari dalam.
Di tambah pula dengan vitamin B5 dan vitamin lain yang dapat meningkatkan tahap hidrasi kulit dan dalam masa yang sama dapat menenangkan kulit dan merawat masalah kulit sensitif.
Miliki Kulit Wajah Bak Bidadari Sepanjang Masa Dengan Wonder Kit Secara Perancangan
Untuk miliki kulit wajah yang sihat, anjal, gebu dan berseri semestinya penggunaan secara berterusan harus diamalkan. Tambahan lagi masker muka WonderDewi terdapat tiga jenis pek kombo Wonder Kit yang sangat berbaloi untuk kamu ikuti.
Apatah lagi dalam Wonder Kit ini juga telah tersedia jadual pemakaian masker muka, bagi memberikan kesan yang lagi memuaskan pada kulit wajah jika kamu ikutinya dengan konsisten.
Jom kita lihat apa pakej Wonder Kit yang ditawarkan di bawah.
Wonder Kit 7 Hari
Pek kombo tujuh hari Wonder Kit ini menawarkan tujuh helai masker muka untuk seminggu pemakaian. Jika kamu memilih pakej ini kamu akan dapat lihat transformasi kulit wajah hanya dalam seminggu dengan menggunakan empat jenis variasi masker muka, dengan syarat mengikut jadual yang disyorkan.
Rutin yang disyorkan tentang pemakaian masker
- Foto – WonderLab
Wonder Kit 14 Hari
Tiada yang lebih baik dari menggunakan masker muka selama dua minggu secara konsisten dan lihat sendiri keajaiban bagaimana kulit wajah yang lama bertukar menjadi sihat dan berseri dari hari ke hari.
Rutin yang disyorkan tentang pemakaian masker
-
- Foto – WonderLab
Wonder Kit 28 Hari
Bukan senang nak cantik dan tiada jalan pintas untuk dapatkan kecantikan dan kulit wajah yang jauh lebih sihat, lebih berseri dan lebih anjal dari biasa.
Maka kenalah pakai masker muka setiap hari atau senang cerita dalam masa 28 hari kamu kena pakai masker muka dengan konsisten untuk menjaga kecantikan wajah yang kamu miliki.
Dengan mengikuti jadual pemakaian masker muka untuk 28 hari, nescaya kamu akan miliki kulit wajah bak bidadari.
Jadual rutin yang disyorkan
-
- Foto – WonderLab
Wajah Cantik Berseri Dengan Pelan Langganan Bulanan, WonderDewi GOOODPlan
Kalau nak wajah cantik kenalah berbelanja sikit betul tak, tapi berbelanja secara bijak dan berbaloilah baru senang hati betul tak.
Dengan pakej pelan langganan bulanan, WonderDewi GOOODPlan yang disarankan di bawah pastinya berbaloi untuk kamu cuba dan ikuti, ianya bukan saja berpatutan malah kamu juga dapat melihat keberkesanan transformasi kulit dari hari ke hari.
Melalui WonderDewi GOOODPlan ini, jika kamu membeli Wonder Kit 14 Hari kamu perlu membayar sebanyak RM118 pada bulan pertama dan jika kamu menyambung penggunaan pakej Wonder Kit 14 Hari untuk bulan seterusnya kamu hanya perlu membayar RM75 secara puratanya RM5.36 masker muka setiap satu, jimat bukan?
Dan jika kamu memilih pakej Wonder Kit 28 Hari, pada bulan pertama kamu perlu membayar RM228 tetapi pada bulan seterusnya kamu hanya perlu membayar sebanyak RM135 secara puratanya RM4.82 masker muka setiap satu.
Pakej ini khas ditawarkan untuk wanita yang ingin menjaga kulit wajah dan dalam masa yang sama dapat menjimat wang dengan melanggan secara bulanan dan pakej ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma setiap bulan. Menarik bukan?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wonder Kit dan WonderDewi GOOODPlan, kamu boleh layari laman sesawang [SINI] dan ikuti laman Facebook [SINI] dan akaun Instagram [SINI].