Kadang-kadang apabila K-pop Idol terlalu kurus, ia akan menimbulkan kebimbangan peminat mereka. Peminat berharap agar idol mereka dapat bekerja dan menjalani gaya hidup yang sihat.
Sebagai contoh, peminat Sunmi sangat risau akan dirinya yang kelihatan kurus. Namun, baru-baru ini, Sunmi mendedahkan dia sebenarnya telah menambah berat badan sebanyak 8kg.
Walaupun peminat merasakan bahawa kenaikan berat badan Sunmi tidak berubah secara drastik, tapi mereka masih dapat membezakannya. Mereka merasakan bahawa Sunmi kelihatan lebih bahagia dan suka melihatnya kelihatan seperti ini.
Tahukah kenaikan berat badan juga ada baiknya, lagi pula untuk si kurus. Jadi selepas ini tak perlu nak bersedih jika berat badan naik, nampak berisi dan sihat daripada terusan skinny.
Kurang Tekanan
Pasti rasa stress bila orang cakap kenapa kurus sangat sedangkan makan banyak. Entahlah dah memang macam ini nak buat macam mana. Tapi bila berat badan naik walau sedikit rasa kurang tekanan dan lebih gembira. Kini saiz jeans juga sudah bertukar, mood lebih baik dan rasa lebih bahagia.
Penghargaan Untuk Tubuh Badan
Siapa kata orang yang kurus senang nak cari saiz, kadang-kadang kurus sangat pun susah nak cari yang matching dengan diri. Beli saiz kecil nampak terlalu kurus dan kecil sangat pula nanti, beli yang besar sudahnya tak nampak pula orang.
Tapi, salah satu kelebihan berat badan naik ialah rasa penghargaan untuk tubuh badan. Bila anda mendapatkan berat badan ideal, anda akan rasa senang nak cari pakaian, rasa lebih bertenaga. Kenaikan berat badan membuatkan anda lebih teruja untuk memilih pakaian yang cocok dengan anda.
Pemakanan Sihat
Bila berat badan naik anda akan lebih ke arah pemakanan sihat. Ya, bila berkata tentang pemakanan sihat anda mungkin fikirkan lose weight, tidak semestinya. Bila berat badan naik, anda lebih berhati-hati memilih makanan dan lebih kepada yang sihat.
Anda mahukan yang terbaik untuk tubuh badan anda. Mungkin anda craving kepada makanan bergoreng, berminyak, kafein ataupun bergula tetapi percayalah kenaikan berat badan membuatkan anda lebih bermotivasi dan berhati-hati.
Kualiti Tidur
Ada setengah individu susah untuk tidur dan ada yang selepas jam 6 pagi baru boleh tidur. Tetapi sejak kenaikan berat badan, anda akan rasa lebih bertenaga malah kualiti tidur lebih terjaga. Hal ini kesan daripada perubahan hormon.
Social Life
Mungkin dulu anda langsung tidak keluar dengan rakan kerana peningkan badan yang kurus, malas nak dengar orang sibuk bertanya. Tapi sejak berat badan naik dan anda nampak lebih berisi sikit, anda mula berani keluar temu janji dengan rakan-rakan, anda rasa lebih yakin dengan berat badan ideal sekarang ini.
Kecantikan Diri
Mungkin salah satu manfaat terbaik kebanyakan wanita akan menghargai berat badan ialah ia benar-benar mengubah kecantikan anda. Rambut anda mula kelihatan sihat dan tumbuh lebat, kuku anda berada dalam keadaan yang baik, kulit lebih cerah dan pelbagai lagi.
Apabila anda menambah berat badan dengan cara yang sihat, anda benar-benar kelihatan jauh lebih cantik daripada biasa, anda rasa lebih senang hati.
Ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Ingat setiap daripada kita berlainan, dan paling penting sentiasa amal pemakanan sihat.