Semalam 5 Ogos 2020 kita di kejutkan dengan berita letupan besar dalam sejarah di Beirut Lebanon, di mana sebuah gudang di pelabuhan Beirut tiba-tiba meletup pada petang semalam waktu tempatan.
Menerusi hasil siasatan yang di dapati letupan tersebut berlaku berpunca dari ammonium nitrat yang di simpan di dalam gudang terbabit, bahan kimia ini sering digunakan dalam pembajaan dan juga digunakan sebagai bahan letupan.
Dalam tempoh 24 jam selepas letupan di Beirut ini berlaku, terdapat beberapa fakta yang boleh disimpulkan berdasarkan laporan dari berita luar negara.
Bahan Kimia Terbiar 7 Tahun Tanpa Pengawasan
Di fahamkan gudang tersebut telah berada di pelabuhan Beirut sejak tahun 2014 lagi, menerusi petikan dari The Guardian berdasarkan laporan media pada tahun 2014.
Di mana laporan media pada tahun itu menyatakan bahawa bahan kimia tersebut di bawa oleh pemilik kapal dari Rusia yang bernama Igor Grechushkin, yang membuat perhentian kecemasan di pelabuhan Beirut waktu itu.
Tambahan lagi, bekas kapten kapal yang bernama Rhosus menyatakan pemilik kapal dari Rusia itu telah lari meninggalkan kapal yang membawa 2750 tan muatan bahan kimia tersebut bersama krew-krew anak kapal pada tahun yang sama.
Selepas itu, kesemua krew dan anak kapal di tahan di atas kapal selama setahun dan pada tahun 2015 pihak berkuasa Beirut melepaskan krew-krew anak kapal. Manakala kargo muatan yang mengandungi bahan kimia ammonium nitrat di rampas dan di simpan di dalam sebuah gudang di pelabuhan Beirut.
Kerajaan Lebanon Isytihar 2 Minggu Darurat Dan Saluran Bantuan
Perdana Menteri Lebanon dan pihak kerajaannya telah mengisytiharkan tempoh darurat kecemasan selama dua minggu bagi memberi fokus pada misi menyelamat dan merancang pelan pembangunan semula bagi kawasan yang terjejas di Beirut terutama kepada rakyat yang hilang tempat tinggal kerana letupan tersebut.
Selain Pertubuhan Eropah telah mengaktifkan sistem perlindungan sivil dengan menghantar pakar dan pihak perubatan dan peralatan bagi memberi bantuan kepada mangsa di Beirut.
Kini banyak negara telah mengeluarkan tabung bantuan bagi membantu kerajaan Lebanon yang memerlukan dana bagi menampung kos perubatan, makanan dan baik pulih Beirut.
Angka Kematian Meningkat Dan Ramai Hilang Tempat Tinggal
Setakat ini difahamkan lebih kurang 135 mangsa terkorban dan telah mencederakan sekitar 5,000 orang dan misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan.
Dan banyak kediaman di sekitar Beirut yang runtuh dan musnah akibat letupan tersebut, yang mana menyebabkan ramai lagi rakyat Beirut terperangkap dalam kediaman masing-masing dan ada yang hilang.
Latest pictures show the aftermath of a massive explosion in Lebanon's capital Beirut
Nearly 300,000 people are homeless and half the city has been affected by the blast, governor sayshttps://t.co/ToH2p8xB6f pic.twitter.com/LLfzoHNWlO
— BBC News (World) (@BBCWorld) August 5, 2020
Letupan ini menyebabkan lebih 300,000 rakyat Beirut kehilangan tempat tinggal gara-gara letupan tersebut, dan ini menggusarkan jiwa rakyat Beirut bagi melalui hari-hari mendatang.
Selain itu, banyak hospital-hospital di Beirut mengalami kerosakan yang teruk akibat kesan letupan dari gudang di pelabuhan tersebut, dan ini membuatkan tenaga kerja di sekitar Beirut agak terhad sementara menanti bantuan pihak perubatan yang lain.
Konspirasi Musuh Atau Kelalaian Pihak Kastam?
WARNING: GRAPHIC CONTENT – A massive warehouse explosion sent a devastating blast wave across Beirut, Lebanon, killing at least 100 people and injuring nearly 4,000 https://t.co/22HvyzE4tD pic.twitter.com/YHQ7BhZpJM
— Reuters (@Reuters) August 5, 2020
Bahan kimia ammonium nitrat sebanyak 2750 tan di simpan dalam sebuah gudang di pelabuhan Beirut ini cukup berbahaya, melihat dari kebanyakan video rakaman letupan yang berlaku di lihat kemunculan api yang marak berlaku.
Kemudian letupan seperti bom atom berlaku hingga membentuk kepulan awan asap besar yang berbentuk cendawan.
Ammonium nitrat atau dalam simbol sainsnya adalah NH4NO3, untuk makluman bahan kimia ini tidak akan terbakar dengan sendiri.
Jika ammonium nitrat berada dalam suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama, bahan kimia tersebut akan terurai menjadi nitrogen oksida dan wap air lalu menyebabkan letupan berlaku.
Menurut petikan dari Public Health Malaysia, sebenarnya agak sukar untuk ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran ini adalah kerana kebakaran tersebut perlu berlaku dan kekal lama di tempat bahan kimia tersebut di simpan.
Tambahan lagi, letupan juga tidak akan berlaku jika tiada masalah pencemaran silang akibat cara penyimpanan yang tidak betul.
Jadi berdasarkan apa yang berlaku, adakah salah pihak kastam Beirut yang tidak menyimpan bahan kimia tersebut dengan baik atau ada konspirasi lain yang tidak diketahui.
Kesan Letupan Ammonium Nitrat Bakal Jejas Kesihatan Penduduk Beirut
Ramai rakyat di Beirut yang cedera akibat letupan ammonium nitrat ini berpotensi mengalami masalah kesihatan di masa akan datang kerana bahan kimia tersebut memang mampu menjejaskan kesihatan manusia.
Ammonium nitrat ini akan menghasilkan nitrogen dioksida dalam bentuk gas berwarna merah dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.
Gas ini biasanya ditemui di kawasan persekitaran yang tercemar atau kawasan yang sering menggunakan bahan tersebut sebagai aras kualiti udara di sesuatu tempat atau bandar. Kini gas ini telah tersebar di kawasan Beirut, gas ini boleh menyebabkan masalah kesihatan paru-paru.