Fenty Beauty telah membuatkan wanita di seluruh dunia teruja dengan rangkaian alat solekan yang dikeluarkan oleh Rihanna atau dikenali sebagai Riri. Kini, Riri telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit iaitu Fenty Skin. Dengan gaya Riri sebenar, iaitu pengasas Fenty, beliau meraikan pelancaran penjagaan kulit dengan pra-pelancaran melalui maya.
“Saya ingin mengeluarkan produk penjagaan kulit yang sangat berkesan, mudah digunakan dan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna, jadi Fenty Skin adalah visi saya mengenai budaya penjagaan kulit yang baru,” ujar Riri.
Rangkaian Fenty Skin dapat membantu ramai wanita berkaitan dengan penjagaan kulit yang sebenar untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah dan sihat. Rangkaian yang dikenali sebagai “Fenty Start’rs” ini merangkumi 3 jenis produk yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan penampakkan liang pori dan dark spots.
#1 TOTAL CLEANS’R REMOVE-IT-ALL CLEANSER [BELI]
[RM 104.76]
Berfungsi sebagai pembersih solekan yang dapat menghilangkan kotoran, minyak dan solekan yang lama tanpa menjejaskan struktur kulit. Mengandungi Ginko Biloba iaitu pokok yang sering digunakan dalam teknik penyembuhan pada zaman Cina Kuno untuk mengawal minyak dan membersihkan kulit.
#2 FAT WATER PORE-REFINING TONER SERUM [BELI]
[RM 117.33]
Gabungan toner-serum dalam satu produk bertindak untuk mengecilkan pori, memperbaiki penampilan dark spots, mencerahkan dan menghaluskan kulit. Produk ini bebas minyak dan tidak komedogenik.
Mengandungi beberapa bahan menarik seperti ceri Barbados dan pokok kismis Jepun yang digunakan lebih daripada 1000 tahun di Asia sebagai rawatan pemulihan dan mempunyai faedah dalam menyahtoksin.
(Nota: Bagi setiap ceri Barbados, ia mengandungi lebih banyak Vitamin C berbanding daripada oren dalam mencerahkan.)
#3 HYDRA VIZOR INVISIBLE MOISTURISER BROAD SPRECTRUM SPF 30 SUNSCREEN [BELI]
[RM 146.67]
Bertindak sebagai pelindung matahari dan pelembap yang bebas daripada minyak dan menghidratkan, produk ini sesuai digunakan ketika solekan. Walaupun ia berwarna merah jambu, tetapi jika anda memakainya, ia tidak akan kelihatan pada pelbagai jenis warna kulit.
Menggunakan aroma tembikai yang segar iaitu tembikai Kalahari. Produk ini didatangkan dengan pembungkusan yang boleh diisi semula.
Pembungkusan boleh diisi semula [RM 125.72] [BELI]
(Nota: Tembikai Kalahari kaya dengan antioksidan dan vitamin.)
Riri yang telah mendaftarkan Fenty Skin di United States Patent and Trademark Office mensasarkan secara khusus untuk produk penjagaan kulit (medicated dan non-medicated), sabun, penjagaan badan dan aksesori seperti kit dan aplikator.
“Saya telah menghabiskan masa saya dengan menggembara ke seluruh dunia dan saya ingin memastikan Fenty Skin mewakili yang terbaik daripada yang terbaik dalam ramuan kami dan produk. Saya mahukan produk yang selamat, bersih dan berkesan untuk semua wanita yang menggunakan Fenty Skin,” ujar Riri.
Jika anda peminat Riri dan produk Fenty, kini anda boleh mendapati produknya di laman web rasmi Fenty Skin.