Untuk mendapat hasil solekan yang menakjubkan dan menarik perhatian seperti artis K-pop, Blackpink
dan beberapa artis K-drama seperti Park Min Young dan Seo Ye Ji, pasti memerlukan seorang makeup artist yang profesional dan berbakat untuk melakukan kerja ini.
Di sebalik hasil solekan itu, seorang makeup artist yang professional di Korea sedang mendapat perhatian orang ramai iaitu Maeng kerana beliau telah menghasilkan solekan Blackpink yang memberi impak dan feedback yang baik dalam masyarakat.
Maeng atau nama sebenarnya Myungsun Lee telah mempelajari makeup selama 16 tahun dan merupakan Makeup Director di sebuah salon kecantikan di Seoul iaitu Woosun Hair & Makeup. Hasil kerjanya itu telah mendapat beberapa perhatian artis-artis Korea dan Maeng sering melibatkan diri dalam projek seperti video muzik dan rakaman majalah.
Namanya yang menjadi sebutan para peminat artis K-pop dan K-drama setelah menghasilkan solekan yang cukup cantik dan memberikan identiti kepada makeup yang dihasilkan itu. Jadi jom kita lihat beberapa solekan yang dilakukan oleh Maeng kepada artis-artis Korea.
BLACKPINK
Maeng yang telah menjadi makeup artist bagi Blackpink sejak mereka masih lagi menjadi trainees. Menurut Maeng, ahli Blackpink akan menyuarakan idea-idea mereka berkenaan solekan terlebih dahulu sebelum Maeng melakukan research untuk menyesesuaikan dengan pakaian mereka.
“Saya sudah lama lakukan solekan Blackpink, dan kebiasaannya mereka akan berbincang dan memberikan idea mereka mengenai solekan yang menjadi pilihan mereka sebelum penggambaraan video muzik bermula. Apabila mereka datang kepada saya dan menunjukkan beberapa draft mengenai solekan yang mereka ingin cuba, saya akan buat sehabis baik untuk merealisasikan permintaan mereka”, ujar Maeng.
PARK MIN YOUNG