Pengambilan minuman suplemen antara alternatif untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.
Bagi mengecapi itu semua, Herbalife Nutrition telah melancarkan suplemen kesihatan – Herbalife Collagen Plus Powder untuk membantu para pengguna miliki kulit yang lebih sihat idaman setiap orang.
“Dengan suka citanya kami memperkenalkan Herbalife Collagen Plus Powder di pasaran Malaysia. Kulit merupakan organ terbesar dan paling terdedah perlu dijaga sebaiknya.
Melalui tambahan ini, golongan lelaki dan wanita tanpa mengira usia boleh miliki kulit yang lebih sihat,” ujar Steven Chin, Pengurus Besar dan Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia.
- Foto – Arkib Wanista
Penampilan Awet Muda Idaman Semua
Kolagen merupakan sejenis protein yang paling banyak terkandung dalam tubuh kita, ia boleh ditemui dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem penghadaman dan tendon.
Ia memberikan kulit kita kekuatan dan keanjalan, yang bukan saja menyumbang kepada penampilan awet muda, malah memelihara kesihatan kulit. Bagaimanapun, bila penuaan berlaku, pengeluaran kolagen juga berkurang.
Magik Herbalife Nutrition Collagen Plus Powder
Mengandungi kolagen terhidrolisis berasaskan ikan sebagai bahan utama, diperbuat daripada kolagen bermolekul rendah. Ideal bagi mereka yang ingin meningkatkan dan mengoptimumkan pengeluaran kolagen, serta peliharan kesihatan kulit.
- Foto – Arkib Wanista
Berbekalkan bahan tambahan seperti CoQ10, vitamin C, B2, B3, B6, Biotin, Zink dan Kuprum, pertumbuhan kolagen dan formasi antioksidan dalam badan dapat digiatkan.
Wanista Dah Cuba
Untuk setiap gelas, anda dikehendaki meletakkan dua sudu powder. Bancuh bersama air suam atau air sejuk mengikut tekak masing-masing, tapi sebaiknya air suam. Rasa agak masam tapi masih lagi sedap. Ambil pada waktu pagi semasa perut kosong.
- Foto – Arkib Wanista
Pengambilan berterusan dapat membekalkan nutrien tambahan yang asas untuk kulit dan rambut yang sihat. Seawal seminggu atau dua, kulit wajah terlihat lebih sihat dan kesan glowing. Anda rasa yakin tanpa sebarang solekan untuk menutup cela. Paling penting happy dengan perubahan fizikal.
Jika berminat, boleh semak di laman web rasmi Herbalife untuk maklumat lanjut.
Selamat Beramal!