Walaupun biskut kraker datang dalam pelbagai bentuk, rasa, warna dan saiz tetapi ada satu ciri yang membuatkan kesemua biskut kraker sama iaitu lubang!
Hampir kesemua biskut kraker di pasaran mempunyai lubang di atasnya, tetapi kenapa biskut kraker perlu ada lubang-lubang kecil di permukaanya?
KENAPA BISKUT KRAKER PERLU ADA LUBANG?
Lubang pada permukaan biskut kraker atau dipanggil docking holes itu bukan sahaja dilihat sebagai perhiasan, malah lubang-lubang tersebut berfungsi dalam memastikan biskut kraker tersebut dibakar dengan sempurna.
Doh biskut kraker mengandungi banyak gelembung udara dan apabila dipanaskan di dalam oven, gelembung udara ini akan mengembang. Untuk mengelakkan daripada gelembung udara mengembang dan pecah, sebuah mesin khas (docker pricks holes) akan membuatkan lubang pada doh untuk membiarkan udara keluar daripada doh sebelum dibakar.
Kaedah ini memastikan gelembung udara dapat dikurangkan dan biskut menjadi rangup dan leper.
POSISI LUBANG PADA BISKUT KRAKER
Lubang-lubang pada permukaan biskut kraker ini perlu diposisikan dalam jarak yang sama. Jika tidak diletakkan dalam jarak yang sama, biskut kraker tersebut akan menjadi keras atau terlalu lembut.
Jika jarak lubang pada biskut kraker terlalu rapat, ia akan menjadikan biskut kraker tersebut berasa kering dan sukar untuk mengunyah. Sekiranya jarak lubang tersebut terlalu jauh, biskut kraker akan pecah kerana gelombang udara akan banyak dihasilkan.
Jika anda tidak tahu tentang fakta lubang tersebut, semestinya anda akan memikirnya sebahagian daripada perhiasan biskut kraker itu.