• Latest
Foto - Arkib Wanista

Jangan Biar Anak Bantut, Ini Yang Kamu Perlu Lakukan

August 11, 2020
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Friday, February 26, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Jangan Biar Anak Bantut, Ini Yang Kamu Perlu Lakukan

by Mas Idayu
August 11, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

5
SHARES
52
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai ibu bapa kita mesti ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak kita betul tak, asalkan anak-anak kita dapat membesar dengan sihat, kuat dan cergas.

Tapi entah bagaimana anak kita mengalami masalah tumbesaran atau dengan kata lain terbantut, bagaimana hal ini boleh berlaku sedangkan mereka sihat dan cergas. Mungkinkah ada yang kita terlepas pandang hingga menyebabkan ketinggian anak-anak terhenti?

Ikuti kupasan tumbesaran atau masalah anak bantut di bawah.

Faktor Anak Terbantut

Ibu bapa harus mengambil serius terhadap masalah bantut atau tumbesaran yang bakal atau boleh berlaku pada anak-anak, tiada siapa yang mahukan tumbesaran anak terhenti bukan.

Justeru itu, sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam perkara ini boleh membantu kamu menjadi lebih peka terhadap pertumbuhan anak-anak.

IKLAN

Foto – News and Tribune

Ini beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah bantut berlaku pada anak-anak.

  • Masalah berpunca dari genetik, di mana anak lahir dari ibu bapa yang bersaiz kecil (kerdil).
  • Mempunyai masalah hormon, anak kekurangan hormon tumbesaran (growth hormone deficiency) lalu menyebabkan anak menjadi kerdil.
  • Masalah sejak dalam kandungan, di mana berlaku masalah sindrom turner di mana kromosom berubah dan menyebabkan tumbesaran terbantut.
  • Kekurangan nutrisi
  • Mempunyai masalah pada kelenjar pituitari
  • Menghidapi penyakit jantung, hati, paru-paru, buah pinggang, atau gastrointestinal tract.
  • Mengalami penyakit mitochondrial yang boleh menjejaskan tumbesaran anak.

Kenalpasti Tanda Anak Bantut

Sebagai ibu bapa penting untuk kamu kenalpasti keadaan fizikal anak kamu agar kamu dapat cari jalan penyelesaian dengan lebih awal dengan merujuk kepada pakar dalam kadar segera. Ini beberapa tanda atau gejala bagi mengenalpasti masalah tumbesaran anak di bawah.

Foto – Arkib Wanista
  • Ibu bapa dapat melihat tumbesaran menjadi perlahan pada anak di lihat antara usia dua hingga lima tahun.
  • Semak rekod tumbesaran anak sejak berusia satu tahun untuk melihat perkembangan ketinggian anak dari tahun ke tahun, dan kalau dalam masa setahun anak hanya mencapai ketinggian 5 sentimeter ia adalah pembesaran yang minima.
  • Bagi bayi yang baru lahir, beri perhatian pada berat bayi yang terlalu kurang dari yang sepatutnya.
  • Buat pemeriksaan, jika anak mempunyai penyakit-penyakit lain yang kamu tidak sedar ada pada anak.

Rawat Anak Bantut Dengan Cara Yang Betul

Rawatan untuk anak yang mengalami masalah bantut ini bergantung pada jenis masalah tumbesaran yang dihadapi.

  • Jika anak menghidapi masalah tumbesaran kerana kekurangan hormon tiroid, maka cara rawatannya adalah dengan menjalani terapi hormon tiroid.
  • Jika anak menghidapi masalah kekurangan hormon tumbesaran (growth hormone deficiency), masalah sindrom turner, masalah buah pinggang atau berat badan kurang dari usia kandungan, maka cara rawatannya adalah dengan mengambil suntikan hormon pembesaran.
  • Sokongan ibu bapa, kaunseling dan rawatan perubatan yang sesuai, boleh membantu masalah bantut yang dialami oleh anak kamu.
Foto – Google

Kamu sebagai ibu bapa jangan sesekali pandang rendah terhadap isu bantut yang dihadapi oleh anak-anak kerana masalah bantut ini akan mempengaruhi emosi dan psikologi diri anak kamu sendiri.

Justeru itu, kamu harus peka dan memantau pertumbuhan anak-anak dengan teliti agar masalah bantut tidak berlaku atau boleh dielakkan jika dapat di kesan dengan lebih awal.

Selamat beramal♥

Rujukan: 1, 2, 3,

Tags: Anak BantutAnak Rendah Sebab TerbantutAtasi Masalah Tumbesaran AnakKenapa Anak BantutMasalah AchondroplasiaMasalah Anak BantutMasalah Ketinggian AnakMasalah Tumbesaran AnakPunca Anak Bantut
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Jangan Biar Anak Bantut, Ini Yang Kamu Perlu Lakukan

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.