Baru-baru ini tular di laman Twitter DC Nation apabila watak ikon kartun popular Wonder Woman yang memiliki tubuh badan yang gemuk, dijadikan sebagai variant cover majalah komik DC untuk keluaran 29 September ini nanti.
DC Nation meminta pelukis ilustrasi artistik iaitu Robin Eisenberg, untuk melukis ikon popular Wonder Woman mengikut gayanya tersendiri.
Only one word for the Wonder Woman 1984 #1 @RoosterTeeth variant cover by Robin Eisenberg: rad. Out September 29. pic.twitter.com/HySpmlWKUd
— DC Nation (@thedcnation) August 7, 2020
Ilustrasi Wonder Women 1984 Penuh Kontroversi
Sejurus DC Nation memuat naik ilustrasi berkenaan di laman twitter dengan tweet hanya satu perkataan yang boleh menggambarkan ilustrasi Wonder Woman 1984, iaitu rad atau hebat.
Tetapi malangnya hanya selepas beberapa saat ilustrasi di muat naik, beribu komen-komen negatif, kecaman dan kontroversi dari netizen membanjiri ruangan komen DC Nation.
Salah ke Wonder Woman digambarkan memiliki tubuh yang besar?
- Foto – Arkib Wanista
Robin Mahu Papar Realiti
Sebagai pelukis seni hasil karya mereka bersifat bebas dan mengikut gaya kreativiti masing-masing, begitu juga bagi Robin Eisenberg.
Apa yang ingin di sampai menerusi lukisan ilustrasi Wonder Woman 1984 yang dilukis adalah, berdasarkan realiti sebenar bentuk tubuh badan wanita.
Netizen Kecam Dan Tidak Boleh Terima
Rata-rata netizen tidak menyukai lukisan ilustrasi Wonder Woman 1984 yang di lukis oleh Robin, mereka mengkritik bahawa ilustrasi berkenaan sangat hodoh, bukan watak Wonder Woman sebenar dan ilustrasi berkenaan tidak sepatutnya menjadi pilihan variant cover DC Nation.
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
Netizen Banding Lukisan Robin Dengan Pelukis Ilustrasi Lain
Tidak cukup dengan melepaskan amarah dengan memberi komen-komen negatif, netizen mula memuat naik ilustrasi Wonder Woman yang dilukis oleh pelukis ilustrasi kegemaran masing-masing.
Mereka merasakan lukisan Wonder Women yang dilukis oleh artis kegemaran mereka, lagi sesuai dan bertepatan dengan ikon kartun popular tersebut berbanding ilustrasi yang dilukis oleh Robin ini.
- Foto – Arkib Wanista
Pecahkan Tembok Double Standards Wonder Women
Sejak dari dulu lagi watak-watak kartun superhero seperti Wonder Woman telah di terap dalam minda kanak-kanak, bahawa ikon superhero mereka memilik tubuh badan yang langsing, pinggang seperti kerengga, payudara dan pinggul yang besar.
Hakikatnya realiti sebenar tubuh wanita bukanlah seperti mana yang dimomokkan oleh pelukis komik barat ini, sudah tiba masanya masyarakat di didik semula dengan melihat realiti sebenar kerana wanita luar biasa bukan di nilai pada saiz tubuh badan sahaja.
- Foto – Arkib Wanista
Kalau kita lihat dengan pandangan positif, isu ilustrasi ini tidak terlalu berat sebenarnya kerana apa yang pelukis Robin Eisenberg cuba sampaikan adalah realiti struktur fizikal badan wanita sebenar.
Lagipun tak salah jika lukisan ikon popular ini digambarkan memiliki saiz besar, janganlah terlalu narrow minded sangat!