Sekilas pandang beg tangan kertas warna biru turquoise, kita sudah tahu ia dari jenama mana kerana warna trademark tersebut dapat dilihat secara eksklusif di butik barang kemas mewah dunia iaitu Tiffany & Co.
Tapi dalam banyak-banyak warna kenapa Tiffany & Co memilih warna biru akuamarin atau biru turquoise sebagai warna signature mereka?
Nak tahu kenapa butik barang kemas jenama terkenal dunia ini memilih warna biru turquoise sebagai signature dan identiti mereka, semuanya akan terjawab di bawah.
- Foto – Arkib Wanista
Warna Popular Di Abad Ke-19
Siapa sangka rupa-rupanya pada abad ke-19 era Victoria dahulu, batu permata warna biru turquoise sangat popular dan menjadi batu permata yang digilai ramai wanita Victoria pada ketika itu.
Mengambil faktor penemuan batu permata warna biru akuamarin atau turquoise ini, menjadikan dunia barang kemas mendapat sambutan hangat dikalangan wanita bangsawan Victoria.
- Foto – Arkib Wanista
Warna Kesukaan Pengantin Wanita Era Victoria
Sebut saja warna turquoise pasti mana-mana wanita akan berasa kagum melihat warna biru akuamarin tersebut.
Manakala bagi pengantin wanita era Victoria pula, mereka bukan hanya kagum dengan warna tersebut malah menjadi warna batu permata kesukaan ramai pada era Victoria dan sehingga masa kini.
Salah satu mengapa ini merupakan warna kesukaan bagi pengantin era Victoria, adalah kerana batu permata warna turquoise ini dihasilkan dalam bentuk kerongsang.
Dan kemudian pengantin akan memberikan kerongsang bentuk burung merpati dengan batu permata biru turquoise, kepada pembantu atau pengapit pengantin sebagai hadiah atau momento kenangan.
- Foto – Arkib Wanista
Warna Pertama Digunakan Untuk Cover Buku Katalog Pada 1845
Oleh kerana pada abad 18 dan 19 era Victoria, ramai wanita yang gemar dengan batu permata berwarna biru turquoise.
Pengasas Tiffany & Co iaitu Charles Lewis memilih warna tersebut, sebagai warna muka depan buku edisi pertama pada tahun 1845 untuk koleksi katalog barang kemas.
Sejak itu ke semua koleksi buku barang kemas tahunan Tifanny & Co, adalah warna biru turquoise.
- Foto – Arkib Wanista
Tiffany 1837 Blue Warna Signature Rasmi Jenama
Menelesuri sejarah batu permata turquoise era Victoria dan mengambil kira minat pengantin wanita waktu itu, Tiffany & Co menjadikan warna turquoise yang juga dikenali sebagai Tiffany Blue® sebagai warna trademark mereka pada tahun 1998.
Untuk menjadikan warna tersebut lebih ikonik, warna tersebut juga diikhtiraf sebagai Tiffany 1837 Blue. Tahun 1837, digabungkan sebagai peringatan tarikh Tiffany & Co ditubuhkan.
Kemudian sejak itu Tiffany & Co menyeragamkan beg tangan kertas, kotak barang kemas, hadiah, produk lain, dan iklan barang kemas dengan menggunakan warna Tiffany Blue® atau biru turquoise.
- Foto – Arkib Wanista
Tiffany Blue® Warna Identiti Tiffany & Co
Melihat warna biru turquoise atau Tiffany Blue® milik syarikat barang kemas mewah ini, memang bikin hati wanita ingin membeli-belah di butik mereka.
Warna lembut ini sangat kena dengan jiwa wanita, dan tatkala melihat beg kertas, kotak barang kemas dan produk Tiffany & Co yang lain dengan rona warna sedondon, membuatkan wanita mudah jatuh cinta dengan produk yang dikeluarkan.
Jom cuci mata lihat warna signature mereka di bawah.
- Foto – Hypebae
- Foto – Harper’s Bazaar
- Foto – L Official USA
- Foto – CNBC
- Foto – I Am Wire
- Foto – Arkib Wanista
Jom shopping Tiffany & Co, tak semestinya datang sana untuk cari cincin tunang dan kahwin saja, banyak lagi rekaan barang kemas sesuai untuk wanita bekerjaya atau mungkin kamu nak cari hadiah untuk ibu, kakak atau adik kamu kan?
Psst.. Cuba tengok barang kemas Tiffany & Co baru keluar [SINI], mana tahu ada yang berkenan.
Selamat membeli-belah!