Kalau perasan ramai selebriti wanita di Korea dan China seperti Kim Go Eun, Kim Tae Hee, Dilraba Dilmurat, dan Fan Bing Bing memiliki wajah yang flawless, bersih dan cantik jelita.
Memang cemburu rasa hati bila tengok wajah aktres atau penyanyi di sana, boleh memiliki kulit wajah sebegitu.
Tapi tahu tak sebenarnya kebanyakan artis sebenarnya melakukan rutin kecantikan harian sambil menggunakan face steamer untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna.
Jadi apa kebaikan face steamer ini sehingga ramai selebriti dari Korea dan China menggunakannya? Untuk mengetahui apa kesan dan manfaat penggunaan face steamer ini pada kulit wajah, jom ikuti rahsianya.
- Foto – Get Pretty Face
Membersihkan Kulit Wajah
Cemburunya lihat wajah flawless aktres Dilraba Dilmurat dan Kim Go Eun, kulit mereka juga sangat bersih tanpa sebarang blackhead atau whitehead.
Sebenarnya tak sukar nak dapatkan kulit yang flawless seperti mereka, dengan hanya menggunakan face steamer sudah cukup untuk membuka liang pori wajah. Apabila liang pori terbuka segala bintik hitam dan putih di kulit wajah akan menjadi lembut, pada waktu itu kerja untuk membersihkan kulit wajah jadi lebih senang.
- Foto – Arkib Wanista
Melancarkan Perjalanan Darah
Face steamer juga membantu melancarkan perjalanan darah dalam urat saraf wajah dengan menggunakan haba, yang mana ia menyerap masuk ke dalam saluran darah lalu meningkatkan peredaran darah.
Apabila perjalanan darah lancar, oksigen yang terdapat di dalam darah dapat membantu menyihatkan kulit dan menjadikan kulit lebih bersinar.
Mengeluarkan Bakteria Dan Sel Kulit Mati
Kamu kerap mengalami masalah jerawat? Lepas ini kamu tidak perlu risau lagi dengan masalah tersebut kerana dengan apabila menggunakan face steamer, segala bakteria dan sel mati yang menyebabkan jerawat akan keluar.
Jadi salah satu cara nak jerawat hilang, lakukan rutin penjagaan wajah dengan menggunakan face steamer di rumah.
- Foto – Arkib Wanista
Membebaskan Sebum Yang Terperangkap
Dengan menggunakan face steamer, haba yang keluar akan membuatkan liang pori pada kulit wajah terbuka, lalu sebum minyak yang terperangkap dapat dikeluarkan.
Salah satu punca muka kamu berjerawat adalah kerana, sebum minyak dalam kulit tidak dapat dibebaskan lalu terangkap dan menjadi jerawat di permukaan kulit muka.
Mengekalkan Kelembapan Kulit
Face steamer juga membantu kulit wajah agar sentiasa kekal lembap dan hidrat, haba yang dihasilkan akan menyerap masuk ke dalam kulit.
Lalu melembapkan kulit yang kering dan dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu meningkatkan penghasilan minyak dalam kulit wajah agar wajah kekal lembap sepanjang masa.
- Foto – Arkib Wanista
Membantu Kulit Menyerap Produk Muka Dengan Berkesan
Pernah terfikir tak kenapa banyak produk guna pada muka, tapi tak berapa nampak hasil atau kesannya.
Salah satu sebabnya adalah kerana, kulit kamu tidak dapat menyerap kebaikan yang terdapat dalam produk kecantikan yang kamu guna.
Selepas menggunakan face steamer kulit kamu akan jadi bersih dan lembap kemudian kamu lakukan rutin pemakaian produk pada kulit wajah, comfirm kamu dapat lihat kesan produk dalam masa terdekat kerana kulit kamu dapat menyerap segala kebaikan produk ke dalam kulit wajah kamu!
Membantu Penghasilan Kolagen Dan Elastin
Serius cantik betul wajah aktres Fan Bing Bing dan Kim Tae Hee ini, muka mereka kelihatan tegang, anjal dan bersih. Tahu tak wajah mereka jadi begitu sebab kulit mereka kaya dengan kolagen dan sel elastin, jadi tidak hairanlah kedua-dua aktres ini memiliki wajah yang tegang, anjal dan cantik.
Untuk kulit wajah menghasilkan kolagen dan sel elastin, perjalanan darah perlu lancar dan banyak. Jadi dengan menggunakan face steamer sebagai rutin penjagaan wajah kamu, haba yang menyerap masuk ke dalam kulit akan membuatkan perjalanan darah jadi lancar.
Dan dalam masa yang sama ia juga meningkatkan penghasilan kolagen dan sel elastin dalam kulit.
- Foto – Arkib Wanista
Kaedah menggunakan haba dari wap air pada muka seperti ini, sebenarnya telah lama ada sejak zaman dahulu lagi. Dan apabila datangnya kemudahan teknologi ini diadaptasi dengan penghasilan mesin haba seperti face steamer.
Cumanya face steamer yang terdapat di pasaran sekarang bersifat kontemporari, kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja.