Stretch mark adalah normal bagi lelaki dan perempuan yang baru akil baligh. Semasa akil baligh, jika seseorang itu bertambah beratnya, dia berkemungkinan akan ada garis-garis halus di badannya yang dipanggil sebagai stretch marks.
Tanda regangan berlaku apabila kulit ditarik oleh pertumbuhan atau regangan yang cepat. Walaupun kulit biasanya cukup regang, tetapi ketika terlalu meregang, pengeluaran normal kolagen terganggu. Hasilnya, bekas luka yang disebut sebagai stretch mark terjadi.
Jika anda melihat tanda regangan di bahagian badan anda, jangan risau kerana kebanyakkan orang akan mengalami benda yang sama terutamanya wanita dan gadis remaja akan mempunyainya di bahagian payudara, paha, pinggang dan punggung. Tanda regangan lebih kerap berlaku kepada gadis remaja tetapi lelaki juga boleh mendapatkannya.
TANDA DAN SIMPTOM
Penampilan stretch mark mungkin berbeza-beza bergantung kepada penyebab, jangka masa dan jenis kulit. Kebiasaannya, pelbagai jenis stretch mark boleh didapati di kulit seperti:
- Jalur lekukan (zigzag)
- Jalur terang atau garis pudar
- Keretakan meliputi bahagian-bahagian utama kulit
- Jalur berwarna merah jambu, merah atau ungu
- Jalur hitam atau biru
Stretch mark berubah mengikut masa. Pada awalnya, ia akan bewarna merah jambu samar-samar, muncul dalam garisan, tanda seperti jalur selari atau mungkin sedikit gatal. Secara beransur, ia akan membesar dan menjadi merah dan ungu dengan permukaan yang berkerut. Pada akhirnya mereka akan menjadi putih, rata dengan penampilan seperti permukaan crepe-paper dengan tanda linear selebar 1-10 mm.
MACAM MANA NAK RAWAT?
Stretch mark akan memudar dari masa ke masa. Ia tidak bahaya dan tidak memerlukan rawatan perubatan. Jika melakukan rawatan, ia hanyalah menghilangkan keregangan pada sebahagian tempat sahaja.
Tetapi jika anda ingin merawatnya dengan perubatan, pakar dermatologi akan mengesyorkan beberapa rawatan seperti:
- Krim retinoi, losyen atau gel – Krim stretch mark boleh digunakan pada kulit dan ia membantu membina semula serat kolagen kulit dan menjadikannya kelihatan seperti kulit normal.
- Terapi laser dan terapi cahaya – Terapi ini merangsang pengeluaran kolagen dan elastin kulit.
- Microdermabrasion – Menggunakan alatan tangan untuk mengeluarkan kristal yang menghilangkan lapisan kulit yang halus. Hasilnya, ia dapat merangsang pertumbuhan kulit yang lebih anjal.
- Frekuensi radio non-ablative – Rawatan ini melibatkan peranti frekuensi radio khas untuk pertumbuhan kolagen.
- Terapi microfocused ultrasound – Dikenali dengan jenama Ultheraphy yang menggunakan gelombang ultrasound untuk pertumbuhan kolagen dan mendapatkan keanjalan kulit.
Pakar dermatologi akan mengesyorkan rawatan bergantung kepada jenis kulit, penyebab, kemudahan, kos dan jangkaan stretch mark tersebut. Jadi bagi remaja, pakar dermatologi tidak akan mengesyorkan mereka untuk menjalani pembedahan microdermabrasion dan laser untuk membuang stretch mark kerana remaja semakin meningkat umurnya dan berkemungkinan stretch mark baru akan muncul.