Kamu peminat watak Line Friends?
Inilah masa nak kumpul koleksi lip balm Mentholatum terbaru yang tampil berkolaborasi dengan Line Friends. Mentholatum LipIce baru sahaja melancarkan koleksi lip balm Fruity and Tinted bertemakan Line Friends yang menampilkan watak-watak istimewa pada pembungkusan.
Koleksi ini tampil dalam dua pilihan, Fruity Lip balm dan Tinted Lip balm – kedua-duanya mengandungi manfaat lembapan dan ultra berkhasiat untuk memastikan bibir anda sentiasa terhidrat, lembut, dan halus sepanjang hari.
Mentholatum LipIce Line Friend Fruity Lip balm (RM14.90)
Rangkaian lip balm ini diperkaya dengan Jus Buah Sebenar untuk membekalkan sensasi yang menyeronokkan, menyejuk dan menyegar ke bibir semasa dipakai, di samping melembap. Sebagai tambahan, lip balm juga dilengkapi dengan SPF15 untuk melindungi bibir anda daripada sinaran UV.
- Foto – Arkib Wanista
Hadir dalam tiga perisa buah, Strawberry, Apple dan Lemon, masing-masing diwakili oleh watak Line Friends – Cony, Sally, dan Brown.
Mentholatum LipIce Line Friends Tinted Lip balm (RM14.90)
Diperkaya dengan Asid Hyaluronik Super untuk mengunci kelembapan, memastikan penghidratan tahan lama di bibir. Meadowfoam Seed Oil dan Kolagen yang terkandung juga membantu memperbaiki tekstur bibir, memberikan bibir yang lebih munggil dan licin semasa digunakan.
Ia juga disuntik dengan Vitamin E antioksida untuk memastikan bibir anda licin dan sihat sementara SPF 15 membantu melindungi bibir daripada sinaran UV yang berbahaya.
- Foto – Arkib Wanista
Tersedia dalam dua varian iaitu Raspberry Red dan Wild Berry Pink. Raspberry Red dan Wild Berry Pink masing-masing diwakili oleh watak Choco dan Cony.
Koleksi ini sudah tersedia di semua farmasi terkemuka mulai Ogos 2020.