“Kalau nak besar dan kuat, kena minum susu”.
Mesti pernah dengar kan? Memang betul susu mempunyai pelbagai khasiat. Susu yang sememangnya kaya dengan kalsium, potasium dan protein. Jika kita mengambil terlalu banyak kuantiti susu, pasti ada kesannya.
# JERAWAT
Jerawat sering terjadi kepada mereka yang tidak menjaga muka dengan teliti, tapi susu dan produk tenusu pun boleh jadi penyebabnya. Bagi mereka yang gemar minum susu rendah lemak dan susu skim, jerawat akan mudah naik di mereka. Kurangkan minum susu kepada 2-6 gelas seminggu berbanding sehari 1 gelas kerana ia akan mempercepatkan pertumbuhan jerawat.
# MASALAH KULIT
Perkaitan antara eczema dan produk tenusu, keadaan kulit mereka akan menjadi lebih teruk. Jika anda seorang perempuan yang sedang hamil, jangan lupa ambil probiotic dalam diet anda untuk kurangkan potensi eczema dan alahan pada bayi anda.
Anda mempunyai rosacea? Hati-hati dan jangan lupa semak kembali makanan sekiranya anda ada mengambil produk tenusu.
#ALAHAN
Kalau orang dewasa boleh ada alahan terhadap susu, apatah lagi kanak-kanak? 5% kanak-kanak akan menghadapi alahan terhadap susu yang akan menyebabkan masalah kulit seperti eczema dan masalah usus seperti cirit-birit, sembelit, najis berdarah dan kesukaran bernafas.
#TULANG RAPUH
Minum 3 gelas atau lebih mampu meningkatkan risiko tulang rapuh kepada wanita yang berpunca daripada gula (D-galaktosa). Dalam kalangan orang dewasa, tulang rapuh atau dipanggil sebagai osteoporosis yang disebabkan oleh lebihan pengambilan produk tenusu, protein haiwan dan kalsium.
#KANSER
Lebihan kalsium daripada susu dan beberapa makanan lain mampu meningkatkan risiko barah prostat. Kandungan gula dalam susu juga boleh dikaitkan dengan risiko barah ovari.
# LACTOSE INTOLERANCE
Jumlah laktosa dalam susu lembu lebih tinggi daripada susu haiwan lain. Simptom seperti muntah-muntah, kekejangan, kembung perut, dan cirit-birit adalah salah satu kesannya. Untuk mereka yang mempunyai lactose intolerance, produk tenusu hanya boleh diambil dalam kuantiti sedikit untuk diet anda.
#ANTIBIOTIK
Antibiotik ini seiring diberikan kepada lembu untuk membuatkan susu mereka sentiasa anda. Tetapi kesan kepada manusia yang mengambil susu, jika kita dijangkiti penyakit, antibiotik ini tidak dapat bertindak untuk menghalangnya.
#PENAMBAHAN BERAT BADAN
Mesti anda hairan kenapa bayi dan kanak-kanak mudah naik berat badan walaupun hanya minum susu? Mengikut kajian, 12,000 kanak-kanak yang minum susu, mudah naik berat badan. Jika anda tidak tahu, 1% susu skim akan mudah naikkan berat badan berbanding dengan minum 2% susu penuh.
Mengambil kuantiti susu mestilah berpada-pada walaupun anda gemar akan susu. Selain memberikan khasiat kepada badan, susu juga dapat memberikan kesan sampingan yang kita tidak tahu.