Burberry jenama tidak asing lagi dalam dunia fesyen dunia, setiap rekaan fesyen yang dihasilkannya mampu membuat jiwa wanita dan lelaki tidak dapat menahan godaan untuk membeli produk yang dihasilkannya.
Sebut saja nama Burberry pasti ramai yang mencari produk baik dari pakaian, beg tangan, kasut, skarf, aksesori, wangian dan mekap.
Kini Burberry menampilkan keluaran produk terbarunya iaitu pelitup muka Vintage Cheek Cotton Face Mask yang berharga RM560, pelitup muka ini mempunyai dua warna pilihan iaitu archive beige dan pale blue yang sangat cantik dan elegan.
Pelitup Muka Vintage Cheek Berteknologi Tinggi
Difahamkan Burberry menghasilkan pelitup muka dari fabrik yang tahan lasak, selain itu pelitup muka guna semula ini juga memiliki bahagian lapisan penapis yang dikenali sebagai Particle Filtration Efficiency (PFE) yang diperkasa dengan teknologi antimikrobial.
- Foto – Arkib Wanista Burberry Vintage Cheek Face Mask Warna Archive Beige
Menariknya pelitup muka ini juga didatangi sekali dengan beg kantung sebagai penyimpan pelitup muka, beg kantung ini juga diperbuat menggunakan teknologi antimikrobial yang dapat menapis bakteria dan kuman halus.
Menjual Sambil Beramal
Burberry juga memaklumkan setiap hasil penjualan pelitup muka ini, Burberry akan menyumbang sebanyak 20 peratus ke Burberry Foundation Covid-19 Community Fund yang diurus oleh Yayasan Burberry sendiri.
Selain itu, Burberry juga menyumbang lebih 160,000 pakaian PPE untuk petugas barisan hadapan. Bukan itu saja, Burberry juga membuat sumbangan kepada penyelidik vaksin dan badan amal bank makanan.
Eksklusif Untuk Pembelian Dalam Talian Sahaja
- Foto – Arkib Wanista Burberry Vintage Cheek Face Mask Warna Pale Blue
Difahamkan pelitup muka eksklusif ini akan dijual dalam talian sahaja, dan pelitup muka ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan pelbagai rekaan pelitup muka menarik akan turut dijual menjelang musim luruh ini nanti.
Oleh itu bagi yang ingin mendapatkan pelitup muka istimewa ini, boleh layari laman sesawang Burberry sini untuk mendapatkannya.