Penat juga kan apabila sering mengenakan tudung yang sama setiap hari. Selain berada dalam dilema untuk memilih tudung, merasakan diri tiada tudung baru dan tiada pilihan untuk dipakai juga dapat memeningkan kepala wanita bertudung masa kini.
Kini anda tidak lagi perlu risau kerana UMMA telah mengeluarkan tudung pleated Yara yang sememangnya akan menyerlahkan sisi kewanitaan anda! Kelihatan ayu dan sopan mengenakan tudung pleated Yara, anda tidak lagi salah dalam membuat pilihan untuk memakai tudung.
Koleksi UMMA ironless yang terbaru, tudung pleated Yara memfokuskan wanita bertudung moden yang ingin menjimatkan masa, emosi dan tenaga. Tudung pleated Yara yang ironless ini tidak mengecewakan, anda boleh mengenakan dan menggayakan tanpa risau tudung akan menjadi kedut.
Ramai wanita menjadi malas dan memilih untuk memakai tudung berwarna hitam untuk mengelakkan penampakkan kedutan ketara yang dapat mengurangkan keyakinan mereka dalam seharian.
Tetapi dengan menggunakan tudung pleated Yara yang mempunyai efek ironless khas bagi mereka yang ingin cepat, ringkas dan nampak kemas ketika menggayakannya. Jika anda tiada masa untuk bersiap, bangun lewat dan dalam keadaan rushing, sememangnya tudung pleated Yara ini akan menjadi pilihan pertama anda!
UMMA telah mengeluarkan 10 jenis rona warna yang sesuai untuk digayakan seharian. Kepelbagaian rona warna yang dikeluarkan oleh UMMA dapat membantu para wanita bergaya dan kelihatan cantik sepanjang hari.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tudung pleated Yara daripada UMMA di laman web rasmi UMMA , Zalora dan Fashion Valet serta kedai UMMA di Isetan KLCC Aras 2 dan AEON Shah Alam Aras 1.