Sejak vakum blackhead diperkenalkan di pasaran, berlumba-lumba wanita ingin mendapatkannya. Dan vakum ini pula terdapat dalam pelbagai jenis variasi dan harga, dari yang murah hinggalah ke harga yang mahal.
Yang peliknya apabila menggunakan vakum tersebut, tak banyak blackhead dan whitehead disedut ke dalam vakum tersebut.
Jadi mana silapnya? Nak kata muka tak cuci sebelum guna tidak mungkin, jadi mengapa vakum tak dapat menyedut baki blackhead dan whitehead yang terdapat di permukaan muka.
Ramai wanita tak sedar langkah yang kamu gunakan tidak tepat, jadi bagi yang nak tahu langkah yang sebenar jom tengok di bawah.
#1 Bilas Wajah Guna Air Hangat
Mula-mula bilas wajah sedikit menggunakan air hangat supaya permukaan kulit menjadi kembang dan liang pori terbuka sedikit.
- Foto – Google
#2 Wap Wajah Guna Steamer
Selepas bilas wajah guna air hangat, panaskan steamer muka untuk wap wajah. Tujuan menggunakan steamer muka ini adalah, untuk membuka liang pori dengan lebih besar agar memudahkan proses vakum menyedut kotoran, blackhead dan whitehead.
- Foto – Arkib Wanista
#3 Pilih Kepala Vakum Mengikut Bahagian Wajah
Selepas wajah telah di wap menggunakan steamer muka, liang-liang pori akan terbuka kemudian tibalah masa untuk menyedut blackhead dan whitehead dengan menggunakan kepala vakum yang sesuai mengikut kawasan wajah.
Sebagai contoh untuk menyedut blackhead dan whitehead di bahagian hidung, gunakan kepala vakum jenis kepala bulat besar. Dan jenis kepala vakum yang kamu dapat adalah bergantung pada jenis vakum yang kamu beli di pasaran.
- Foto – Arkib Wanista
#4 Bilas Muka Guna Air Sejuk
Selepas selesai memvakum blackhead dan whitehead di seluruh kawasan wajah, bilas muka dengan menggunakan air sejuk bagi menutup liang-liang pori yang terbuka di seluruh wajah.
#5 Cuci Wajah Guna Pencuci Muka
Selesai membilas wajah dengan air sejuk kamu akan merasakan kulit muka menjadi ketat dan bersih tanpa sebarang bintik-bintik hitam atau putih di wajah.
Dan langkah terakhir adalah mencuci wajah dengan menggunakan pencuci muka, kemudian lap wajah sehingga kering dengan tuala muka.
- Foto – Arkib Wanista
Jadi lepas ini jangan terus pakai alat penyedut blackhead ini, sebaliknya ikuti langkah-langkah yang penulis kongsikan di atas untuk menggunakan alat penyedut blackhead dengan lebih berkesan dan puas hati.
Selamat mencuba!