Lebam pada badan itu normal tetapi kalau kerap berlaku, itu bukan normal tetapi mungkin petanda penyakit serius!
Tahu kan macam mana lebam terjadi? Apabila kulit mengalami kecederaan atau luka, platelet darah akan mula berkumpul bagi membentuk pembekuan untuk menghentikan pendarahan daripada terus berlaku. Tetapi apabila seseorang itu mempunyai platelet darah yang rendah, ia akan menyukarkan pembentukan bekuan dan proses penyembuhan.
(Nota: Kadar kiraan platelet darah yang normal adalah diantara 150,000 sehingga 450,000 per mikroliter)
Pelbagai gejala dapat menyebabkan Trombositopenia tetapi gejala tersebut bergantung kepada kiraan platelet dalam tubuh. Kebiasaannya mereka yang mempunyai platelet rendah berpotensi untuk menjadi lebih teruk dan menghadapi pendarahan yang tidak terkawal.
KESAN
Anda mungkin mempunyai platelet rendah sekiranya mengalami:
- Purpura atau lebam berwarna merah, ungu atau coklat .
- Hidung dan gusi berdarah.
- Pendarahan tidak berhenti.
- Petechiae atau ruam dengan titik kecik merah atau ungu.
- Haid yang banyak.
- Pendarahan dari rektum.
- Berak dan kencing berdarah.
- Muntah berdarah atau kehitaman.
Trombositopenia boleh diwarisi secara keturunan atau disebabkan oleh pengambilan ubat. Platelet darah juga boleh berkurangan berdasarkan beberapa perkara seperti:
1. LIMPA
Mempunyai limpa yang mengembang boleh menyebabkan penghasilan platelet yang terlalu banyak sehingga menyebabkan penurunan bilangan platelet dalam kitaranya akibat terperangkap dalam limpa.
2. PLATELET
Jumlah penghasilan platelet yang rendah boleh menyebabkan Trombositopenia yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Leukimia
- Anemia
- Jangkitan virus (Hepatitis C atau HIV)
- Ubat kemoterapi
- Pengambilan alkohol
- Kehamilan
- Trombositopenia imun
- Bakteria dalam darah
- Sindrom uremic hemolytic
Untuk kes yang jarang berlaku, pengurangan platelet darah boleh menyebabkan pendarahan dalam otak yang mampu membawa kepada maut. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptomnya, lakukan temu janji dan berjumpa dengan doktor segera!