Rasa gatal, pedih, kulit rasa bersisik, kering, mengelupas, kulit jadi kemerahan dan gelap seperti lebam, merupakan ciri-ciri individu yang mengalami penyakit ekzema. Tambah teruk lagi, jika penyakit muncul di bahagian leher kerana ia sukar untuk diubati dan perlu pemantauan sepanjang masa.
Kenapa pula ekzema di leher lebih sukar diubati dan memerlukan pemantauan?
Untuk makluman semua antara bahagian anggota tubuh yang boleh terjadi penyakit ekzama, leher antara bahagian yang sukar untuk diubati kerana sering diganggu oleh rambut.
Nak tahu bagaimana rambut boleh berkaitan dengan ekzema yang wujud di leher, ikuti kupasannya di bawah.
Rambut Berbisa
Rambut yang panjang boleh menyebabkan rasa kegatalan pada ekzema di leher menjadi kuat, lalu membuatkan diri tidak berhenti menggaru kawasan ekzema di leher berkenaan.
- Foto – Arkib Wanista
Menyebabkan Peluh Berkumpul Di Leher
Selain itu, memiliki rambut yang panjang juga menyebabkan peluh mudah terhasil di leher, lalu menjadikan kulit rasa lebih iritasi dan membuatkan diri tidak boleh menahan dari menggaru leher.
- Foto – Better Health Channel
Iritasi Dan Gatal-Gatal Mudah Berlaku
Apabila rambut selalu ‘berlanggar’ dengan ekzema yang terdapat di leher, secara tidak langsung ia menjadi trigger pada kulit dan menyebabkan berlakunya iritasi dan rasa gatal-gatal yang teruk.
- Foto – Insider
Mengganggu Penyapuan Ubat Krim
Memiliki rambut panjang mengganggu penyapuan ubat krim ekzema di leher, kerana lambakan anak-anak rambut yang panjang di sekitar kawasan ekzema tersebut.
- Foto – Freepik
Potong Rambut Memudahkan Urusan Rawatan
Pastinya wanita yang mempunyai masalah ekzema di leher berasa sayang untuk memotong rambut hingga menjadi pendek, setelah bertahun-tahun menjaga rambut.
Tapi apakan daya, dengan memotong rambut menjadi pendek ia secara tidak langsung memudahkan urusan kamu untuk memantau keadaan ekzema di leher dan juga menyapu ubat.
- Foto – Arkib Wanista
Peringatan!
Selain rambut, pastikan kamu juga menjaga diri dengan menjauhi alahan seperti makan makanan laut, daging, ayam, telur, makanan dan minuman manis, hama, habuk, mendekati haiwan berbulu, debu bunga, produk kimia tinggi hingga menyebabkan kulit kering dan iritasi.
- Foto – The Conversation
Jika kamu mengalami masalah ekzema di leher, seelok-eloknya potong rambut supaya mudah untuk kamu lihat perkembangan ekzema tersebut.
Dan dalam masa yang sama juga memudahkan kamu menyapu krim, serta mengelak pembentukkan peluh di bahagian leher.
Selamat beramal!