Jika bertanyakan soalan tentang siapa mahu cantik, rata-rata yang menjawab soalan itu mesti akan mengatakan mereka mahu sentiasa kelihatan cantik.
Untuk menjadi cantik mestilah makan makanan berkhasiat, bersukan dan mengambil makanan tambahan seperti ubat-ubatan dan jamu.
Kebanyakkan wanita akan memilih produk tradisional seperti jamu dan majun kerana orang dahulu kekal cantik melalui pengambilan tersebut. Beza dengan zaman sekarang, untuk mengambilnya mestilah berhati-hati. Bimbang dicampuri dengan bahan terlarang, ia dapat memudaratkan penggunaannya dan boleh menyebabkan kematian.
Jika dahulu, jamu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau mineral dalam bentuk ekstrak atau mentah. Ia tidak menjadi berbahaya kerana tidak dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti sekarang.
Berbanding dengan jamu moden, potensi dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang adalah tinggi. Bahan-bahan ini bergantung kepada jenis perubatan pada jamu tersebut.
Antara bahan larangan yang dikesan dalam jamu-jamu moden sekarang adalah:
- Ubat tahan sakit (Phenylbutazone, Ibuprofen dan Diclofenac)
- Steroid (Dexamethasone, Prednisolone dan Dexamethasone)
- Ubat rawatan kencing manis (Metformin dan Glibenclamide)
KESAN
Pengguna yang mengambilnya, mudah terdedah dengan risiko kerana dos yang dimasukkan boleh menjadi tinggi atau rendah.
Keberkesanan akan dirasai pada peringkat awal tetapi mereka akan mengalami kesan buruknya sepanjang hidup. Setiap orang akan merasai kesan yang berbeza bergantung kepada jenis gaya hidup.
#1 STEROID
- Selera makan yang luar biasa
- Sembab yang ketara (Oedema)
- Penyembuhan luka menjadi lambat
- Tekanan darah meningkat
- Badan sering lebam
- Kerosakkan buah pinggang
- Cushing’s Syndrome
#2 PHENYLBUTAZONE
- Pendarahan dalam perut
- Melecur pada kulit
- Penglihatan kabur
- Kegagalan buah pinggang
- Steven-Johnson Syndrome
#3 NONSTEROIDAL ANTI-INFLAMMATORY (NSAIDS)
- Gastrik
- Pendarahan dalam perut
- Kegagalan buah pinggang
Terdapat pelbagai jenis cara untuk hidup kekal sihat dan cantik berbanding mengambil ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang. Belum sempat menjadi cantik, kemungkinan nyawa akan dipertaruhkan.
Seperti isteri kepada Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital selepas mengadu kesakitan. Setelah diperiksa, terdapat batu karang dalam hempedunya dan berkemungkinan memasuki saluran usus.
Menurut Datuk Fizz, isterinya stabil dan masih dirawat untuk menentukan kaedah rawatan yang terbaik bagi membuang batu karang tersebut. Beliau juga berpesan agar wanita tidak lagi mengambil jamu dalam kehidupan seharian mereka.
Jadi anda masih nak mengambil jamu untuk cantik?