Rachel Meghan Markle nama yang tidak asing dalam keluarga diraja British, Duchess of Sussex yang cantik jelita ini sentiasa berhadapan dengan kritikan, kecaman dan komen negatif rakyat British dan juga Amerika.
Boleh dikatakan sebelum wanita jelita ini menjadi menantu perempuan permaisuri Elizebeth II, dirinya terpalit dengan hal-hal kontrovesi panas hingga nama ahli keluarga kerabat diraja yang lain turut menerima tempiasnya.
Ini antara beberapa sebab mengapa Duchess of Sussex ini digelar puteri paling banyak haters, menurut perkongsian di quora.
#1 Selalu Tidak Mengikut Protokol Diraja
- Foto – Arkib Wanista
Sepanjang perjalanan Meghan Markle bergelar teman wanita kerabat diraja hingga menjadi tunangan kerabat diraja sehinggalah menjadi menantu keluarga kerabat diraja, telah banyak protokol yang Meghan Markle langgar dan tidak patuhi.
Dari segi penampilan, etika, perbelanjaan dan hingga ke tanggungjawab yang perlu digalas sebagai ahli kerabat diraja, semuanya tidak diikuti dan tidak dipatuhi.
#2 Sanggup Buang Ayah Kandung Sendiri
- Foto – Arkib Wanista
Ramai yang dah tahu kontroversi drama antara Meghan dan ayahnya, dari isu menjual maklumat mengenai Meghan kepada media hinggalah pembulian dalam talian yang mana ayah Meghan di label sebagai ‘loser’, ‘poor white trash’ dan banyak lagi.
Dan menurut laporan Meghan sanggup membuang ayahnya sendiri, dengan tidak melawat atau membuat panggilan telefon kepada ayahnya, meski ayahnya hampir mati kerana serangan jantung. Selain itu, ayah Meghan juga tidak pernah berjumpa dengan cucunya sendiri Archie.
#3 Putuskan Hubungan Dengan Ahli Keluarga Yang Lain
- Foto – Arkib Wanista
Selepas Meghan menjadi popular dan terkenal dengan mengahwini Putera Harry, ramai ahli keluarga Meghan bersuara dengan menyatakan bahawa Duchess of Sussex telah memutuskan hubungan kekeluarga dan tidak mahu berkaitan apa-apa dengan diri mereka.
#4 Berbelanja Secara Boros
- Foto – Arkib Wanista
Banyak carian di quora mengatakan Meghan adalah seorang wanita yang boros dan materialistik, kerana membelanja RM12 – 16 juta untuk membeli rumah agam yang baru dan menghabiskan wang untuk membeli pakaian baru yang mencecah RM4 juta, serta setengah juta untuk majlis baby shower.
Walhal dirinya selalu bercakap tentang kemiskinan dan kesusahan yang dihadapi masyarakat masa kini, tetapi dirinya sendiri melakukan hal yang kontra dengan apa yang diucapkan.
#5 Digelar Hipokrit
- Foto – Arkib Wanista
Banyak rakaman video menunjukan Meghan Markle ini seorang yang mempunyai perikemanusiaan yang tinggi dengan memberi ucapan mengenai rakyat Afrika yang menghidapi AIDS dan wanita ini juga memberi imej sangat menyayangi haiwan.
Tetapi dirinya sendiri meninggalkan anjingnya kepada sebuah keluarga sebelum datang ke London. Bukan itu saja, Meghan juga sering menyatakan dirinya di buli dan mahu orang ramai menghormati dirinya.
Tetapi bila mana ahli keluarganya sendiri di buli secara dalam talian, Meghan tidak berbuat apa-apa untuk melindungi keluarganya.
#6 Mementingkan Dunia Hiburan
- Foto – Arkib Wanista
Sejak berhubungan dengan Putera Harry Meghan Markle di lihat mengurangkan aktiviti dalam industri hiburan tetapi selepas bertunang dan berkahwin, perlahan-lahan kehidupan Duchess of Sussex ini mula mengamalkan gaya hidup seperti ala selebriti.
Dirinya juga dilihat tidak mahu menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kerabat diraja, sebaliknya lebih berminat menghabiskan masa bertemu dengan selebriti bertaraf A, mereka pakaian dan menghabiskan wang untuk berlibur.
#7 Selain Dirinya, Anggap Semua Orang Toksin
- Foto – Arkib Wanista
Meghan Markle pernah menyatakan bahawa ayah, ahli keluarga sebelah ayahnya termasuk adik-beradik tirinya toksin, kemudian semasa majlis perkahwinannya sedang berjalan Duchess of Sussex ini sekali lagi memberi kiasan bahawa semua ahli keluarga sebelah ibunya adalah toksin.
Tidak lama selepas Duchess ini melahirkan anak sulungnya, pasukan komunikasi awam milik Meghan Markle memberitahu media yang keluarga kerabat diraja ini juga toksin dan tidak mahu anaknya berada dalam keluarga yang toksin begitu.
- Foto – Pinterest
Patutlah Meghan Markle ini digelar puteri paling banyak haters, tapi nak buat macam mana benci mana pun orang dekat Meghan ini dirinya kini tetap ahli keluarga kerabat diraja betul tak?