Tahu tak sebenarnya setiap negara mempunyai penilaian dan pandangan tentang gigi cantik, wanita berlainan negara mempunyai pemikiran yang berlainan terhadap standard gigi cantik.
Bagi wanita apa yang negara mereka telah letakkan sebagai nilai standard gigi cantik itulah, yang diguna pakai bagi mendapatkan gigi cantik dan sempurna.
Jom ikuti nilai standard gigi cantik mengikut negara di bawah.
Jepun – Gigi Yaeba
Wanita di Jepun sangat menyukai bentuk gigi yaeba atau gigi seperti taring ini, kerana ia kelihatan comel dan membuatkan wanita Jepun lebih menarik dari biasa.
- Foto – Arkib Wanista
Amerika – Gigi Arnab
Kebanyakan wanita Amerika memiliki gigi arnab, yang mana dua batang gigi dibahagian hadapan bersaiz besar. Bagi wanita Amerika ini merupakan nilai kecantikan asli buat mereka, dan rata-rata ramai juga berjumpa dengan doktor gigi untuk meratakan gigi yang lain agar menjadi sebaris dengan gigi arnab mereka.
- Foto – Arkib Wanista
Afrika – Gigi Jarang
Boleh dikatakan ramai wanita Afrika memiliki gigi jarang di bahagian depan, bagi mereka memiliki gigi jarang adalah perkara biasa dalam diri mereka kerana ianya bukti kecantikan semula jadi wanita keturunan Afrika.
- Foto – Arkib Wanista
Perancis – Gigi Bertuah
Wanita Perancis juga memiliki gigi jarang di bahagan depan dan memberi gelaran ianya adalah gigi bertuah, kerana wanita yang memiliki gigi jenis ini akan mendapat tuah yang baik dan gembira.
- Foto – Arkib Wanista
Sweden – Gigi Batu Permata
Sekitar lewat era 90-an di Sweden, memiliki gigi dengan aksesori batu permata telah menjadi kayu ukur kecantikan gigi di sana.
- Foto – Arkib Wanista
British – Gigi Sempurna
Wanita British sangat menitik beratkan soal gigi mereka, kerana bagi mereka memiliki gigi yang cantik tersusun, putih bersih dan sempurna adalah standard kecantikan gigi bagi mereka.
- Foto – Arkib Wanista
Korea – Gigi Sempurna
Meski di Korea perkhidmatan pergigian sangat mahal berbanding perkhidmatan plastik, tapi di negara bintang Kpop ini mereka sangat memandang tinggi pada wanita yang mempunyai gigi sempurna, rapi dan tersusun.
- Foto – Couch Kimchi
Rata-rata setiap negara mempunyai nilai standard yang berlainan, mana tidaknya setiap minat serta citarasa kan berbeza betul tak.
Kamu memiliki gigi jenis yang mana satu?