Seperti yang kita tahu, model Gigi Hadid sedang sarat hamil, hasil hubungannya dengan penyanyi Zayn Malik. Tapi sayangnya dia agak privasi tentang kehamilan sejak diumumkan. Kita langsung tidak dapat melihat satu foto baby bump Gigi di media sosial, kecuali menerusi Instagram Live baru-baru ini.
- Foto – Pagesix
Di situ, Gigi ada menerangkan bagaimana perjalanan hidupnya berubah sejak mengetahui dirinya hamil. Malah sebab mengapa dia tidak begitu terbuka, dengan menyatakan bahawa dengan semua yang berlaku di dunia sekarang, kehamilannya tidak seharus menjadi keutamaan orang ramai.
Tapi semalam, tiada ribut tiada angin, Gigi akhirnya bersedia untuk mendedahkan baby bump dalam satu fotografi dan berkongsinya di Instagram.
Foto klasik hitam dan putih yang sensual itu memaparkan Gigi dalam balutan kain nipis di samping tangannya sedang memegang baby bump yang makin membesar. Wajahnya yang natural beauty dan rambut ikal mayang menjadikan ia satu fotografi yang cukup menawan sekali.
Gigi nampak glowing dan persis angel pula. Tak sabar nak tunggu saat Gigi melahirkan anak.
Tahniah Gigi. Semoga dengan kehamilan ini, hubungan Gigi dan Zayn semakin baik dan berkekalan.