Menu tom yam goong merupakan menu makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia, dan rata-rata ramai memilih untuk makan menu ini di kedai kerana rasa masakan di kedai lebih lazat berbanding tom yam goong yang dimasak sendiri di rumah.
Sebenarnya tak susahpun nak masak tom yam gong padu macam dekat kedai, jom ikut cara masaknya langkah demi langkah di bawah.
Bahan-Bahannya
- 15 ekor udang
- Kulit udang
- 3 cawan air atau 750ml air
- 5-6 hirisan lengkuas
- 2 batang serai di tumbuk
- 6 helai daun limau purut
- 1 akar daun ketumbar
- 2 tangkai cili padi di belah dua
- 3 sudu besar susu cair
- 2 sudu besar pes tom yam
- 1 cawan cendawan tiram
- 1 1/2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar jus limau
- Garam
- Gula
- Bawang di hiris bulat (macam nak buat onion ring salut tepung)
- Daun ketumbar di hiris
- Foto – Arkib Wanista
Cara Masak Tom Yam Goong Padu!
- Tumis kulit udang dalam kuali tanpa minyak, masak hingga kulit udang bertukar warna oren kemerahan.
- Kemudian masukkan air gaul dan tunggu hingga air udang mendidih.
- Air rebusan udang dah mendidih, tos kulit udang dan masukkan hirisan lengkuas, daun limau purut, serai, akar daun ketumbar, cili padi masak hingga air mendidih.
- Selepas itu masukkan susu cair, gaul rata dan masak hingga mendidih sedikit.
- Kemudian masukkan cendawan tiram, pes tom yam, sos ikan, garam dan gula, gaul bahan-bahan hingga rata.
- Akhir sekali masukkan bawang, udang, jus limau dan daun ketumbar, gaul semua bahan-bahan sehingga masak.
- Tutup api dan tom yam goong padu sedia untuk di makan!
- Foto – Asian Inspirations
Senang bukan nak masak tom yam goong padu macam tukang masak di kedai makan masak. Apa lagi jemputlah masak di rumah nanti, comfirm puas hati.