“24 jam nak berkepit, tak rimas ke?”
Itu dah tahap clingy. Clingy bila teman lelaki dan teman wanita atau mungkin seseorang yang menyukai anda sentiasa nak bersama dengan anda, boleh jadi seperti taksub.
Mungkin perempuan yang clingy pilihan sesetengah lelaki. Tapi apabila terlalu manja dan asyik berkepit di sisi pasangan akan menimbulkan rasa rimas. Tak percaya, tengoklah nanti bila dah lama dalam perhubungan, ada yang bosan.
Nak tahu anda clingy atau tidak, nah Wanista kongsikan tanda-tandanya. Jangan cakap Wanista tak beri warning ye..
Tidak Beri Ruang
Memanglah seronok bila ada orang yang ambil berat tentang diri kita, tapi bayangkan kalau langsung tak berenggang, langsung tak ada ruang untuk diri sendiri. Tak rimas ke? Tahu tak, bagi lelaki ruang untuk diri sendiri adalah penting.
- Foto – LovePanky
Dia perlu masa untuk bersama kawan lelaki yang lain untuk melakukan aktiviti dan hobi mereka. Berilah sedikit ruang, jangan jadi selfish, jangan ikut sangat perasaan.
Terlalu Masuk Campur
Masalah dia dengan kawan-kawan pun anda nak tahu. Paling menyampahkan bila anda sibuk nak menentukan dengan siapa dia berkawan. Mana yang baik, mana yang tidak. Jangan sampai anda menghasut agar dia menyingkirkan kawan dari hidup. Jangan terlalu masuk campur, hormatilah dia.
Tidak Selesa Bila Dia Bertemu Dengan Perempuan
Anda takut jika dia beralih arah dan jatuh cinta dengan yang lain? Ingat, lelaki bila dah bertemu dengan perempuan yang betul, dia akan hormati dan terima anda seadanya. Jangan fikir yang bukan-bukan.
- Foto – Arkib Wanista
Anda perlu ambil masa untuk diri sendiri dan keluar bergembira bersama rakan-rakan. Jadi lebih yakin dengan kemampuan sendiri.
24 Jam Nama Dia
Hanya dia, dia, dia dalam kepala otak. Tiada orang lain yang buat anda happy melainkan si dia. Anda tak jemu bersama dengannya, nak tahu hala tujunya. Anda jadi benci jika dia punya agenda selain daripada keluar bertemu janji dengan anda.
Lagi satu anda nak dengar suaranya, nak mesej, nak bergayut di telefon berjam-jam. Sekali sekala bolehlah, tapi kalau dah setiap detik…. too much! Dia juga punya kerja lain selain melayan celoteh kekasih di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya.
Curiga Sepanjang Masa
Bila dia menghabiskan masa dengan kawan, mulalah anda rasa sangsi dan curiga. Terdetik rasa tidak percaya pada si dia walhal anda tahu apa yang dilakukannya.
- Foto – Love
Percaya itu penting dalam perhubungan. Merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari perempuan lain.
Jadi, adakah anda kekasih yang clingy? Sayang pun berpada-pada, jangan sampai ia take over your life dan tak boleh buat benda lain. Get a life!