Nama gurun Sahara cukup terkenal di seantero dunia padang pasir yang besar dan luas ini membuatkan sesiapa saja yang menjejakkan kaki di sana, merasai diri mereka seolah-olah berada di satu planet yang lain.
Bukan itu saja, banyak juga dakwaan orang ramai bahawa gurun ini adalah tempat yang paling panas di dunia. Tetapi betulkah dakwaan tersebut, bagi mencari jawapannya ikuti Wanista dalam menyelongkar misteri gurun Sahara di bawah.
Gurun Sahara Paling Panas Di Dunia?
Gurun Sahara memang terkenal dengan jolokan padang pasir paling panas di dunia, dengan menduduki carta ketiga gurun paling besar dan luas.
Gurun Sahara juga cukup terkenal dengan persekitaran yang paling teruk di muka bumi ini, kerana memiliki suhu panas sepanjang tahun.
- Foto – Live Science
Jarang Menerima Hujan Saban Tahun
Cuaca panas dan suhu mendadak naik di gurun ini adalah kerana kawasan padang pasir ini sukar menerima hujan, dan ada beberapa kawasan di padang pasir ini tidak menerima bertahun-tahunnya.
- Foto – Rail Yatri Blog
Memiliki Suhu Tidak Menentu Mengikut Musim
Fenomena suhu panas di gurun ini bukan lagi satu perkara luar biasa, apatah lagi gurun ini juga kadang kala menunjukan kenaikan suhu dan penurunan suhu secara mendadak mengikut kehadiran musim.
Seperti contoh ketika musim panas tiba di padang pasir ini, suhu boleh mencecah hingga lebih dari 100 darjah Fahrenheit di waktu siang.
Manakala apabila tiba pula waktu malam, suhu boleh jatuh sehingga mencecah pada tahap pembekuan!
- Foto – Wanderopolis
Angin Panas Sering Bertiup Di Ladang Gurun Sahara
Dalam sebuah jurnal sains yang diterbitkan pada tahun 2018, menyatakan bahawa kawasan ladang di gurun Sahara sering menerima tiupan angin panas terutama di waktu malam.
Dengan kehadiran angin panas di gurun ini, turbo angin yang di pasang di ladang sekitar gurun Sahara dapat menghasilkan tenaga elektrik yang cukup banyak.
- Foto – Independent
Gurun Panas Kaya Dengan Arkeologi Purba
Siapa sangka gurun panas ini tersimpan sejarah arkeologi purba di dalam dasar padang pasir ini, ahli arkeologi telah menemui gua pra-sejarah dan lukisan pada batu-batuan di gurun ini.
Banyak penemuan-penemuan zaman purba di gurun Sahara telah ditemui dan ia menjadikan antara tapak arkeologi yang kaya dengan khazanah masa silam.
- Foto – Arkib Wanista
Jika satu hari nanti kamu berpeluang untuk mengembara ke gurun Sahara, jangan lepaskan peluang untuk melihat tapak arkeologi di sana.
Serta sunblock juga wajib pakai kalau dah ke sana nanti, almaklum gurun Sahara kan antara padang pasir paling panas di dunia dan lagi satu tak adalah kulit kamu jadi gelap sangat kalau dah pakai sunblock.