Kamu bercita-cita nak sambung pengajian dalam bidang perubatan, terutama dalam bidang pembedahan seperti doktor Nur Amalina Che Bakri?
Doktor Amalina ada berkongsi tips di laman Instagramnya, bagaimana cara nak terpilih menjadi pelatih pembedahan ST1 di United Kingdom (UK).
Seperti sedia maklum bukan mudah untuk menjadi pelatih pembedahan bagi pangkat ST1 di hospital di UK, persediaan awal perlu dilakukan jika ingin terpilih menjadi calon pelatih di UK.
Ikuti tips dan nasihat yang dikongsikan oleh doktor Amalina, bagaimana nak terpilih menjadi pelatih pembedahan di bawah.
#1 Persedian Portfolio Kena Sempurna
Menurut doktor Amalina persedian awal dalam menyediakan portfolio di peringkat awal adalah sangat penting, dan di dalam portfolio tersebut kamu hendaklah mempunyai beberapa bahagian seperti ini.
Sijil Kelayakan
Kamu hendaklah memiliki kelayakan ijazah pascasiswazah dan kelayakan ijazah tambahan lain. Selain itu, jika kamu memiliki PhD, ia dapat menguatkan portfolio kamu.
Subjek Atau Matapelajaran Yang Perlu Di Beri Perhatian
Mengambil subjek CPD seperti Bacis Surgical Skills (BSS), subjek Advanced Trauma Life Support (ATLS), dan markah tinggi akan diberikan jika kamu mengambil empat jurusan berkaitan dengan pembedahan.
- Foto – Motive Computer Education
Pencapaian Lain
Memiliki pencapaian tambahan seperti pernah menerima biasiswa, anugerah, penghargaan dan jika kamu mempunyai penganugerahan kebangsaan yang berkait dalam bidang perubatan ia akan menguatkan portfolio kamu.
Kualiti Projek Dan Hasil Kerja
Menunjukan Peningkatan Kualiti (Quality Improvement/QI) dalam audit klinikal. Markah penuh akan diberikan jika kamu mengetuai dan melaksanakan perubahan dengan menggunakan metodologi QI menerusi projek QI.
Selain itu, jika kamu menunjukan hasil keputusan di peringkat daerah atau kebangsaan ia akan menguatkan portfolio kamu.
- Foto – The Doctor Weighs In
Pengalaman Yang Perlu Kamu Miliki
Memiliki pengalaman mengajar dan latihan dalam pengajaran, markah penuh akan diberi jika kamu memiliki program mengajar dalam pengurusan dan rekaan.
Jika kamu mengambil program-program ini secara berterusan selama tiga bulan dan menerima maklumbalas formal (mempunyai sijil kelayakan PG), ia akan membuatkan kamu menerima kelayakan tinggi dalam mengajar.
Perkara Utama Yang Perlu Di Beri Perhatian
Kamu juga hendaklah mengikuti subjek seperti pengurusan dan kepimpinan, penerbitan, membuat pembentangan di persidangan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Selain itu, kamu juga hendaklah menunjukan komitmen dalam pembedahan seperti mengambil subjek pembedahan, lulus peperiksaan MRCS, pengalaman pembedahan (operative logbook) dan juga bukti prosedur klinikal di sertakan dalam portfolio.
#2 Sediakan Diri Untuk Menghadiri Temuduga
Menurut doktor Amalina kamu akan di temuduga dan kamu perlu berlatih bersama rakan bagi menghadapi apa jua situasi semasa ditemuduga nanti. Dan semasa temuduga nanti, ia di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Foto – Biomedical Odyssey
Temuduga Bahagian Portfolio
Kamu akan ditanya berdasarkan butiran yang terdapat dalam portfolio kamu seperti pencapaian yang dimiliki dan yang berkaitan.
Temuduga Bahagian Senario Klinikal
Kamu akan diberikan senario klinikal, biasanya ia berkaitan dengan soal kecemasan atau senario post-operative dan perlu memberi jawapan bagi senario tersebut.
Temuduga Bahagian Stesen Pengurusan
Penemuduga akan melihat dan menilai dari segi kapasiti kamu berfikir, cara menyelesaikan masalah secara berkesan dalam ahli kumpulan multi-profesional, kemahiran komunikasi yang bagus dan kebolehan dalam menunjukan empati apabila menangani situasi yang sensitif.
#3 Bina Portfolio Ketika Melakukan Housemanship
Semasa kamu melakukan latihan industri (housemanship) di tahun pertama dan kedua, kamu dah boleh mula menyediakan portfolio.
Pastikan kamu mengikuti checklist portfolio yang betul untuk menjadi calon top, selain itu doktor Amalina juga berkata kamu juga boleh membaca buku daripada ISC Medical yang dipanggil Medical Interview.
- Foto – Says
Ingat untuk terpilih menjadi pelatih pembedahan di UK, kamu haruslah berlatih bersama kawan-kawan untuk melakukan mock interview.
Semoga berjaya!