Penjagaan bawah lengan atau ketiak adalah kawasan yang sering diabaikan. Kepentingannya adalah sangat besar terutama jika anda yang suka memakai pakaian tanpa lengan.
Jika penjagaan ketiak tidak di ambil berat maka tidak hairanlah jika kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan bakteria dan mikrob lain, jadi itulah sebabnya orang menggunakan deodoran. Tetapi kadang-kadang kedua-dua mikrob dan deodorant boleh bertindakbalas yang menghasilkan ruam.
Tahukah kerap mencukur ketiak juga boleh merosakkan kulit sehingga timbulnya ruam dan permukaan menjadi kehitaman.
- Foto – Arkib Wanista
Elak pakai ketat
Ketiak anda adalah salah satu bahagian tubuh anda yang paling sensitif. Jadi, elakkan memakai pakaian yang ketat terlalu kerap, ini akan menyebabkan geseran berlebihan. Geseran antara bahagian atas dan ketiak anda, yang merupakan penyebab perubahan warna.
Sembur pewangi
Contohnya deodoran menyekat bau badan dengan berkesan. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, bahan seperti alkohol dan wangian, yang terdapat dalam kebanyakan deodoran yang dikomersialkan boleh menjadi penyebab perubahan warna.
- Foto – Pinterest
Tidak menyembur pewangi secara terus pada kulit, mengambil jarak 6 cm dan semburan. Bahan kimia yang ada dalam deodoran adalah punca kulit gelap.
Penggunaan krim
Hadkan penggunaan krim ubat untuk menghilangkan rambut kerana bahan kimia boleh menggelapkan kulit.
Apabila anda menggunakan krim membuang rambut anda hendaklah membasuh bawah lengan sehingga bersih menggunakan air suam.
Cukur dalam keadaan kering
Selain kekerapan mencukur yang menyebabkan surface ketiak timbul bulu hitam, bercukur dalam keadaan kering juga boleh bawah padah. Hal in akan menyakitkan dan menyebabkan kemerahan. Sila bercukur dalam keadaan basah, supaya proses lebih lancar.
- Foto – Arkib Wanista
Sama-sama kita menjaga kebersihan ketiak agar kita bebas dan boleh pakai outfit tanpa lengan tanpa rasa malu. Lagi satu, tubuh bersih dan sihat. Selamat Beramal!