• Latest
Foto - Arkib Wanista

Kahwin Atas Dasar ‘Family Benefit’, Sampai Bila Boleh Bertahan

September 15, 2020
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Friday, February 26, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Kahwin Atas Dasar ‘Family Benefit’, Sampai Bila Boleh Bertahan

by Mas Idayu
September 15, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Agaknya apalah nasib kalau terpaksa berkahwin atas dasar ‘family benefit’, biasanya situasi begini berlaku pada keluarga golongan bangsawan yang mana ibu bapa akan mengahwinkan anak mereka dengan menantu yang mempunyai latar belakang keluarga yang kuat.

Meskipun diri telah dewasa tetapi bukan semua orang dapat lari dari cengkaman ibu bapa sendiri, terutama dalam keluarga kaya dan berpengaruh.

Tapi pokok pangkalnya adakah perkahwinan atas dasar ‘family benefit’ seperti ini boleh bertahan lama? Ikuti kupasannya di bawah.

Hilang Kebebasan

Foto – Pinterest

Wanita atau lelaki yang berkahwin terjerat dalam perkahwinan atas dasar keuntungan keluarga ini, akan membuatkan diri mereka kehilangan hak untuk memilih dan mencari pasangan yang mereka sukai.

Pabila perkahwinan ini diteruskan juga, kesannya rumahtangga tersebut hanya akan bertahan sementara saja dan bukan mudah untuk diri menjadi bebas kerana campur tangan ahli keluarga yang lain dalam kehidupan.

Kepentingan Lebih Utama Dari Perasaan

Foto – Business Insider

Ada pula individu yang tak kisah dengan perkahwinan yang berlandaskan keuntungan, kerana bagi mereka tiada apa yang lebih penting selain keuntungan, kuasa dan pangkat yang diperolehi daripada perkahwinan seperti ini.

Perjanjian Kontrak

Foto – Arkib Wanista

Tapi ada juga individu yang bijak dengan membuat perancangan di belakang ahli keluarga, dengan membuat perjanjian kontrak bersama bakal pasangan dan menyatakan syarat-syarat peribadi dan bincang berapa lama perkahwinan ini harus berjalan.

Tiada apa yang mustahil bukan, dan daripada dijadikan kambing korban untuk kepentingan keluarga lebih baik berdepan dengan situasi seperti ini dengan bijak. Yang penting si pasangan tersebut juga mempunyai view yang sama.

IKLAN

Nama Baik Lebih Penting

Foto – Pinterest

Realiti sebenar kadang-kala lebih kejam, pasangan yang terjerat dalam perkahwinan atas dasar keuntungan ini tidak boleh sewenang-wenangnya berpisah.

Ini kerana kedua-dua belah keluarga akan memberi ‘tekanan’ supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik dan kepentingan keluarga.

Saling Menghormati Selagi Mutual Interest Ada

Foto – Pinterest

Tak semua perkahwinan yang disatukan atas dasar keuntungan keluarga ini tidak bahagia, mereka yang akur dengan perkahwinan seperti ini akan cuba belajar untuk saling menghormati antara satu sama yang lain.

Dan selagi mutual interest bersama masih ada, perkahwinan ini boleh bertahan selagi kepentingan masing-masing di jaga.

Anak Jadi Komoditi?

Foto – Arkib Wanista

Hal yang merisaukan apabila berkahwin kerana kepentingan keluarga, adalah anak yang lahir dari hasil hubungan atas dasar kepentingan ini berkemungkinan tinggi akan menjadi boneka atau komoditi bagi mengaut keuntungan keluarga di masa akan datang.

Tapi bagi pasangan yang telah melalui kepahitan berkahwin atas aturan keluarga untuk mencari keuntungan, mereka tidak ingin jalan yang sama di lalui oleh anak mereka dan akan melindungi anak tersebut dari aturan keluarga.

Foto – Pinterest

Meski situasi yang dinyatakan di atas seperti babak dalam novel atau drama sosialit, tetapi realitinya masih ada keluarga kelas atasan mengamalkan konsep seperti ini.

Dan perkahwinan yang terjalin mungkin boleh bertahan lama dan boleh jadi sebaliknya, yang penting bagaimana dua individu yang berlainan cuba menerajui alam kehidupan baru dengan baik dan harmoni.

Kamu pula rasa bagaimana, adakah hubungan seperti ini boleh bertahan atau tidak?

Tags: Berkahwin Kerana Keuntungan KeluargaKahwin Sebab Family BenefitsperkahwinanPerkahwinan Atas Dasar KeuntunganRumah Tangga Tidak Bertahan Lama
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Kahwin Atas Dasar ‘Family Benefit’, Sampai Bila Boleh Bertahan

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.